Khusus buat penggemar karya fiksyen dan juga novel, Cereka adalah aplikasi seakan Netflix yang menawarkan bahan bacaan berbentuk novel, cerpen dan juga certot (cerita kontot).

Di Cereka, terdapat dua kategori bacaan iaitu berbayar dan percuma yang mana untuk novel, pengguna perlu melanggan Cereka Pro pada harga RM4.90 sebulan untuk mengakses sejumlah novel daripada penerbit seperti Iman PublicationBuku Fixi, Biblio Press dan juga Hilal Asyraf Resources.

Dan antara novel-novel popular dalam kalangan pembaca di Cereka termasuklah Awang Vampiro, Entiti, Galat, Empayar 1, Kapal Terakhir Di Dunia, Takdir, Hikayat Satria-Satria Sejati, The Art of War, 1984 dan banyak lagi.

Manakala untuk cerpen dan certot pula boleh diakses secara percuma. Setakat ini, proses untuk terus menambah koleksi buku daripada penerbit-penerbit lain dilakukan secara berperingkat ke Cereka.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Cereka di Google Play Store dan Apple AppStore hari ini.