GSC Memperkenalkan Perisa Edisi Terhad Untuk Bertih Jagung – Blueberry Popcorn
December 1, 2022
Uncategorized
Lina Rosli
Menawarkan hidangan yang lebih unik dan menarik sebelum melangkah ke tahun baru, GSC memperkenalkan perisa edisi terhad untuk bertih jagung mereka iaitu rasa Blueberry.

Dengan ini, pengguna dapat menikmati variasi pilihan bertih jagung sambil menonton filem kegemaran selain turut boleh memadankannya dengan hidangan lain seperti air minuman berkarbonat dan juga snek panas.
Menurut GSC, penawaran bertih jagung Blueberry ini boleh didapati secara meluas di seluruh Malaysia kecuali pawagam mereka di Aurum Theater.