XO-ice merupakan jenama gelato rendah kalori kelahiran Asia buatan Itali, memperkenalkan pendekatan baharu terhadap penyediaan pencuci mulut dengan menyajikan hidangan gelato yang mengutamakan kesihatan di Malaysia. Ia hadir dengan gelato yang serba enak dengan tekstur premium selain memberikan kebebasan kepada para pengguna untuk menikmati keenakan gelato dengan gembira dan sihat. 

Menurut XO-ice, mereka telah mengkonsepkan semula hidangan pencuci mulut tradisional itu agar sesuai dengan gaya hidup moden masa kini. Ia menawarkan gelato yang 70% lebih rendah kalori, mengandungi 8 hingga 9 kali lebih rendah gula, dan 1.4 hingga 1.9 kali lebih banyak protein berbanding gelato biasa.

Inspirasi di sebalik kehadiran XO-ice di Malaysia berputik daripada hasrat jenama itu untuk mempopularkan pencuci mulut yang dapat menyumbang kepada kesihatan pemakanan, fizikal, mental, dan emosi pengguna.

Memandangkan Asia menjadi sumber inspirasi bagi kebanyakan produk jenama itu, XO-ice berhasrat untuk mengukuhkan kedudukan jenamanya dengan misi untuk menawarkan hidangan pencuci mulut alternatif yang sihat kepada para pengguna Asia yang mengutamakan kesihatan, terutamanya rakyat Malaysia, dengan memperkenalkan perisa Asia yang lebih sesuai dengan citarasa mereka.  

Bukan itu sahaja, XO-ice mahu memastikan seramai mungkin pengguna dapat menikmati produknya, dan disebabkan itulah ia telah berusaha untuk menjadi vegetarian, bebas GMO dan disahkan Halal. Dengan itu, sebahagian daripada perisa popular mereka termasuklah:

  1. King Don’t Lie Musang King Durian – Gelato berperisa Durian Musang King dengan 25% pes Durian Musang King dari Malaysia mengandungi 360 kalori dan 28g protein.
  2. The Coco Carat – Gelato berperisa kelapa dengan sedikit sos karamel yang mengandungi kelapa dari Filipina, 300 kalori dan 27g protein.
  3. Mucho Matcha – Gelato berperisa teh matcha dengan serbuk teh matcha dari Jepun, serta mengandungi 303 kalori dan 28g protein.
  4. Seriously Chocolate – Gelato berperisa coklat dengan serbuk koko dari Ecuador, serta mengandungi  255 kalori dan 23g protein.
  5. Takes-one-to Mango – Gelato berperisa mangga dengan sari Mangga Alphonso dari India, serta mengandungi 305 kalori dan 28g protein.
  6. Not-so-plain Vanilla – Gelato berperisa vanila dengan esen vanila dari Madagascar, serta mengandungi 333 kalori dan 28g protein.
  7. Goood Morning Vietnaaam! – Gelato berperisa kopi Vietnam dengan sedikit cip coklat yang mengandungi kopi dari Vietnam, 350 kalori dan 25g protein.

Selain daripada menghasilkan gelato dengan perisa unik mereka yang tersendiri, para pengguna boleh menanti pengenalan perisa baharu di masa depan. Antara perisa yang bakal berada di pasaran termasuklah Gingerly Chocolate, serta gelato tanpa susu La Vie en Pink dan Mango Goes Coco, dan banyak lagi yang akan diperkenalkan. 

Bagi penggemar pencuci mulut yang ingin merasai keenakan gelato XO-ice, ianya boleh didapati di pasaraya berdekatan dengan anda seperti AEON, Mercato, JUSCO, Ampang Grocers, Ben’s Independent Grocer, Bilabila Mart, Cold Storage, Isetan, Jaya Grocer, Village Grocer, dan banyak lagi.