OREO Hadir Dengan Biskut Edisi Terhad BLACKPINK
Lina Rosli
Biskut kegemaran ramai OREO kini mengumumkan kolaborasi mereka bersama kumpulan idol wanita popular Korea Selatan, BLACKPINK, dalam memperkenalkan biskut dengan rekaan edisi terhad.
Sebelum ini, biskut ini telahpun ditawarkan secara eksklusif di beberapa negara sekitar seperti Thailand, Indonesia dan Filipina. Dan kini, mereka menjangkakan akan menawarkannya untuk pasaran tempatan bermula tahun hadapan, 2023.

Menurut Mondelez International, kerjasama bersama OREO x BLACKPINK akan dilancarkan di seluruh pasaran utama secara berperingkat dan ia akan menampilkan dua varian yang diinspirasikan oleh BLACKPINK untuk masa yang terhad sahaja.
Nantikan penawaran biskut ini dalam masa terdekat yang mana ia akan tiba di pasaraya besar tempatan serta boleh juga dibeli melalui platform edagang tempatan.