Khusus untuk peminat karakter Disney Belle dari animasi Beauty and the Beast, nampaknya anda kini boleh mendapatkan barangan perhiasan HABIB edisi terhad.

Bagi yang tidak mengetahui, sebelum ini HABIB telahpun bekerjasama dengan jenama antarabangsa Disney dalam melancarkan koleksi Syiling Wafer Emas 999.9 Edisi Terhad versi Frozen.

Dan atas sambutan yang memberangsangkan, kedua jenama ini berharap koleksi terbaru Disney x HABIB Ultimate Princess Collection versi Belle mampu membawa nilai sentimen yang positif di samping menampilkan aura kekuatan serta personaliti menarik Puteri Belle.

Berdasarkan perkongsian HABIB, koleksi Belle ini menampilkan elemen yang direfleksikan dari babak-babak kegemaran cerita dongeng klasik tersebut. Ia hadir dengan dua rekaan yang ditampilkan, setiap satu darinya mempunyai keunikannya yang tersendiri. Sebagai contoh, ia hadir dengan ilustrasi dan dialog dari filem Beauty and the Beast yang menarik.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan syiling wafer ini, ia boleh dibeli secara berasingan ataupun didapatkan dalam bentuk set yang mana ianya dijual pada harga RM118 untuk setiap satu unit.

Koleksi edisi terhad Disney x HABIB Ultimate Princess Collection versi Belle ini juga boleh didapati di seluruh bilik pameran HABIB, laman rasmi HABIB serta platform edagang seperti Shopee dan Lazada.

Untuk maklumat lanjut berkenaan koleksi wafer emas atau kolaborasi HABIB dan Disney, sila layari laman rasmi HABIB www.habibjewels.com atau ikuti media sosial HABIB di Instagram @habibjewelsofficial dan Facebook @HABIB.