Jenama aiskrim organik buatan sendiri, Sangkaya dilihat telah memperkenalkan satu-satunya Sangkaya Signature Cafe yang terletak di Pantai Cenang yang indah di Langkawi.
Khusus untuk para pelancong dan juga penduduk pulau tempatan, anda kini boleh menikmati pemandangan laut sambil menikmati siri sajian istimewa Sangkaya iaitu aiskrim kelapa yang bersama-sama dengan croffle rangup, latte kelapa serta pastri istimewa yang hanya terdapat kafe yang dibuka di hadapan Cenang Mall .

Selain itu, kafe ini juga turut menyediakan sajian aiskrim istimewa Sangkaya yang kini tersedia dalam kon, kon jumbo, cawan dan juga mangkuk wafel. Nikmati perisa tempatan Pandan, Gula Melaka, dan kelapa superfruit yang pasti akan memberi kesegaran maksima lebih-lebih lagi ketika berada di pantai yang panas.

Bagi mereka yang ingin mengembalikan nostalgia klasik, Sangkaya hadir dengan pilihan menu Milo Dinosaur dan Horlicks Signature. Manakala, penggemar pencuci mulut pula boleh menikmati hidangan yang lebih ‘kaya’ dengan memilih dua mangkuk ais krim eksklusif Sangkaya iaitu Royale Popcorn dan Brownie Signature.

Di samping itu, terdapat juga pilihan milkshake dari Sangkaya yang bukan sahaja sesuai untuk bukan peminum kopi tetapi individu yang inginkan kesegaran dari tegukan pertama. Selain daripada Coconut Shake yang asli, terokai pelbagai perisa yang menggoda seperti Gula Melaka, Mangga, Coklat, Matcha, Strawberi, Gula Apong, Chipsmore, Biscoff Karamel, dan banyak lagi.