Mala Mini Hotpot (MMHP) Tawar Hidangan Halal Lada Mala Sichuan Di IOI City Mall
Lina Rosli
Mala Mini Hotpot (MMHP) anak syarikat milik XLK Group melancarkan Rangkaian Premium Mala Mini Hotpot pertamanya di IOI City Mall. Restoran ini menyajikan hidangan halal lada mala Sichuan kepada rakyat Malaysia yang mana ia hadir dengan sajian bahan unik yang digunakan di setiap hidangan popular Mala Hotpot.

Menurut MMHP, bahan-bahan tersebut juga turut diiktiraf halal dan diterbangkan khas dari China supaya pelanggan dapat menikmati pengalaman sebenar hidangan asli budaya Sichuan. Pengunjung dijanjikan dengan kelazatan dan kepedasan perasa mala dan kemudiannya dipadankan dengan pilihan daging, makanan laut, sayuran dan mi bagi memenuhi citarasa pelanggan yang hadir.
Sebelum ini MMHP telahpun hadir dengan rangkaian Mala Mini Hotpot Express. Menggunakan konsep menjamu selera ala ‘no-frills’, rangkaian mudah alih Mala Hotpot itu mendapat tempat dikalangan peminat hidangan pedas tempatan kerana menawarkan rempah cita rasa asli dan bahan berproses halal.

Sehingga kini, terdapat lima rangkaian Mala Mini Hotpot Express telah dibuka di medan selera pusat membeli belah terkemuka di seluruh Lembah Klang iaitu Aeon Shah Alam, One Utama, Alamanda, i-City Shopping Mall dan Pavilion Bukit Bintang. Bukan itu sahaja, MMHP juga turut memiliki kemudahan ‘central kitchen’, pusat logistik moden bertempat di ibu pejabat Equine Park Trade Centre, Selangor.