Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu di samping berlakunya pemanasan global di seluruh dunia, kebanyakan daerah atau negara berkemungkinan besar akan mengalami kesan sampingan yang membawa kepada perubahan atau gangguan terhadap kitaran iklim, habitat dan ekosistem.
Dan pengeluaran biji kopi juga turut tidak kecuali menerima tempias dan kesan daripada pemanasan global. Untuk pengetahuan anda, di sepanjang abad yang lalu, pasaran kopi telah dikuasai oleh dua spesies atau dua jenis biji kopi iaitu Arabica dan Robusta, masing-masing terdiri daripada 55% dan 45% daripada pengeluaran global.

Biji kopi Arabica yang lebih mahal dan lebih manis biasanya digunakan dalam minuman yang lebih lazat berbanding kacang Robusta yang lebih pahit, yang mengandungi dua kali ganda kafein. Tetapi apabila iklim berubah, spesies ini jarang ditemui dan boleh mendorong kedua-dua biji kopi utama ini kepada minoriti.
Dalam laporan Big Think, antara negara yang telah mula mengurangkan pengeluaran biji kopi Robusta dan Arabica termasuklah Brazil, Vietnam, Indonesia dan juga Columbia.
Kebangkitan Biji Kopi Liberica Dalam Pasaran Kopi
Secara umumnya, biji kopi Liberica merupakan biji kopi yang kurang mendapat perhatian umum. Ini kerana ekstrak rasa yang tidak lazat seperti biji kopi yang lain selain turut merupakan antara biji yang tidak berkualiti tinggi.
Malah, sebagai perbandingan, biji kopi Liberica mempunyai saiz buah yang lebih besar daripada Arabica dan Robusta. Oleh itu, jenis kopi ini memerlukan proses mendapatkan biji kopi yang lebih panjang dan lama.

Namun begitu, biji kopi ini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Ini kerana disebabkan saiz yang besar, ia mempunyai ketahanan ke atas turun naik suhu persekitaran. Dan risiko untuk buah menjadi rosak lebih rendah, tidak seperti biji kopi yang lain yang mungkin lebih sensitif ke atas perubahan iklim, racun serangga dan juga pengurusan kos yang tinggi.
Setakat ini, pengeluar menjangkakan penurunan dari sudut kuantiti pengeluaran biji kopi di seluruh dunia untuk jenis Arabica dan Robusta sebanyak 50% menjelang tahun 2050. Walau bagaimanapun, tidak untuk jenis Liberica yang mana pada masa ini sekitar 200 ladang kopi Liberica telah muncul di Uganda.
Sumber: Nature