Khusus untuk penggemar beg tote dari Christy Ng, kini anda boleh mendapatkan rekaan edisi terhad dengan kolaborasi bersama CU Mart bermula hari ini.
Beg tote CU X Christy Ng ini membawakan ilustrasi baharu yang diinspirasikan oleh kedai serbaneka itu sendiri selain turut hadir dengan dua waran tema istimewa yang berbeza. Penawaran dua warna ini bertujuan untuk memberikan pilihan kepada pengguna bagi memilih bag yang sesuai dengan citarasa dan personaliti mereka.

Ini kerana satu daripada beg tote yang ditawarkan hadir dengan warna ceria dan segar. Sementara satu lagi pula menampilkan warna yang tenang dan klasik.
Apapun warna pilihan anda, beg tote CU X Christy Ng ini diperbuat daripada kanvas berkualiti tinggi, bagi menjamin pengalaman membeli belah yang selesa disamping menjadikan anda kelihatan sungguh bergaya.
Berdasarkan perkongsian CU, kolaborasi mereka bersama Christy Ng adalah sebagai tanda penghargaan kepada para pengunjung selain selari dengan pembukaan cawangan ke-100 mereka di Malaysia. Jadinya, bagi anda yang berminat untuk mendapatknnya, koleksi beg tote CU X Christy Ng ini boleh dibeli di seluruh cawangan CU di seluruh Malaysia pada harga RM49.90 satu.

beg tote ini didatangkan bersama pelbagai barangan menarik antaranya termasuklah Foodaholic Aloe Soothing Gel, Lovint Choco Stick, pek kluster Coca Cola Rasa Asli dan juga Buku Nota Coca Cola dengan kuantiti yang terhad.