Rambut boleh hadir dengan pelbagai gaya dan bentuk. Ada yang lurus, ada yang kerinting dan ada juga yang beralun atau ikal mayang.
Namun, apakah faktor yang membuatkan ia berbeza bagi kebanyakan individu?
Jawapan secara umumnya adalah folikel. Folikel adalah organ kulit mamalia yang menghasilkan rambut yang mana ia terletak pada bahagian epidermis kulit. Kemudian, folikel akan melalui beberapa fasa penghasilan rambut iaitu pertumbuhan (anagen), perhentian (katagen) dan rehat (telogen).

Apabila lebih banyak sel dicipta, rambut tumbuh keluar dari kulit dan mencapai ke permukaan. Seterusnya, bahagian lain di kulit seperti kelenjar sebum akan menghasilakn minyak bagi membantu menyuburkan kulit.
Berapa Lama Rambut Mengambil Masa Untuk Tumbuh?
Di setiap fasa, ia akan mengambil masa beberapa hari untuk lengkap. Contohnya, di fasa anagen, rambut akan mula tumbuh dari akar dan ia biasanya akan mengambil masa antara tiga hingga tujuh tahun.
Manakala di fasa katagen pula, pertumbuhan akan menjadi perlahan dan folikel akan mengecut dalam fasa ini.
Apabila mencapai fasa telogen, rambut lama akan mula gugur dan rambut baru pula akan mula tumbuh dari folikel yang sama. Ia merupakan fasa yang penting bagi setiap individu bagi mendapatkan pembentukan dan keadaan rambut yang sihat sepanjang hidup. Dan untuk proses pertukaran rambut lama ke rambut yang baharu, ia biasanya akan mengambil masa sekitar 3 hingga 4 bulan.
Menurut American Osteopathic College of Dermatology, rata-rata orang kehilangan kira-kira 100 helai rambut sehari. Kira-kira 90 peratus individu pula mempunyai folikel rambut yang berada dalam fasa anagen pada bila-bila masa.

Mengapa Ada Individu Yang Lahir Dengan Rambut Yang Kerinting Dan Ada Pula Rambut Lurus?
Jenis rambut sama ada kerinting atau lurus rambut sebenarnya bergantung kepada genetik. Walau bagaimanapun, setakat ini tiada 100% penyelidikan yang kukuh untuk menyokong bagaimana pembentukan rambut ini ditentukan.
Namun, terdapat beberapa teori yang berkemungkinan besar menjawab kepada persoalan di atas:
- Bentuk folikel rambut
- Bilangan lilitan (semasa pertumbuhan)
- Hormon dan ubat-ubatan
- Kedudukan mentol rambut dalam folikel
- Kelembapan
Mengulas sedikit mengapa bentuk folikel boleh mengubab struktur penghasilan rambut adalah disebabkan oleh perbezaan dalam tingkah laku sel semasa penghasilan serat rambut menyumbang kepada bentuk rambut.

Dalam rambut lurus, semua sel dalam folikel bertindak dalam cara yang diselaraskan, membawa kepada pertumbuhan rambut yang sekata dari folikel lurus.
Walau bagaimanapun, dalam rambut kerinting, cara sel membahagi dan menghasilkan protein tertentu adalah tidak simetri dan berkorelasi dengan bengkok dalam folikel melengkung. Ini menghasilkan serat rambut yang mempunyai bentuk elips sekaligus menjadikannya tumbuh secara menggulung.