Dalam menggalakkan individu untuk kekal sihat di samping mengekalkan estetik mewah dan premium, Dior bersama-sama dengan Technogym telah berkerjasama dalam menawarkan peralatan dan teknologi sukan mewah kepada umum.
Menerusi kolaborasi dua jenama ini, Dior X Technogym hadir dengan dua peralatan sukan moden iaitu bangku sukan pelbagai fungsi dan bola gim edisi terhad. Melengkapkan penawaran ini adalah penggunaan warna ikonik Dior iaitu putih bersama-sama dengan tipografi ‘Christian Dior’ yang diletakkan di dalam jalur.


Untuk bola atau namanya Technogym ball for Dior, ia menampilkan ketumpatan dwi-penstabilan dan tapak tidak licin untuk melengkapkan pelbagai latihan regangan, pembinaan otot dan toning. Menarik juga, ia hadir dengan kod QR yang dipaparkan pada pemegang memberikan akses kepada video senaman, sesuai untuk semua bahagian belakang dan membolehkan program senaman optimum yang disesuaikan dengan keperluan setiap individu.

Manakala Technogym bench for Dior pula boleh digunakan untuk mencipta bilangan senaman yang tidak berkesudahan dalam ruang yang kecil. Pada peralatan ini, ia memperlihatkan tikar latihan, satu bahagian pemberat, jalur elastik dan pemberat Knuckles yang sesuai digunakan untuk melengkapkan hampir 200 pergerakan bagi meningkatkan kepadatan otot.
Berdasarkan cubaan Tajria, peralatan ini tidak ditawarkan secara menyeluruh di semua negara. Namun, bagi yang berminat, bola gim dan juga bangku sukan ini ditawarkan pada harga bermula RM4,462.42 sebuah.