Ketuhar gelombang mikro atau microwave adalah salah satu perkakas memasak yang paling dicari ramai. Hal ini kerana, ia bukan sahaja memudahkan anda untuk memanaskan semula makanan tetapi juga mempunyai beberapa fungsi tambahan lain yang membantu memberikan pengalaman yang lebih lancar ketika berada di dapur.
Sekiranya anda diberi peluang untuk mendapatakan ketuhar gelombang mikro, apakah ciri utama yang akan anda cari pada satu-satu produk itu?
Adakah ia melibatkan saiz? Atau adakah penawaran pilihan memasak yang variasi? Atau mungkin juga rekaan yang menarik dan moden?
Untuk anda yang mungkin masih keliru dengan pilihan ketuhar gelombang mikro yang sesuai, tahukah anda bahawa Samsung juga sebenarnya hadir dengan beberapa model ketuhar yang boleh anda dapatkan untuk rumah anda termasuklah model Samsung Grill Microwave Oven dengan fungsi pemanggangan sihat yang telah terbina. Kod produk untuk ketuhar ini adalah MG30T5018CY.

Apakah Pendapat Tajria Tentang Samsung Grill Microwave Oven 30L – Samsung MG30T5018CY?
Persepsi awal penulis ketika membuka kotak Samsung Grill Microwave Oven 30L ini, ia mempunyai binaan dan kelengkapan pemanasan yang ringkas.
Dari segi binaan dan rekaan tidak banyak perkara yang unik yang ditampilkan pada model ini kecuali penggunaan kaca yang dilengkapi dengan teknologi sentuhan kaca pada panel tetapan. Ia bukan sahaja memberikan sentuhan yang lebih premium pada ketuhar tetapi juga bersifat responsif dan sensitif.
Oleh sebab model yang digunakan Tajria ini adalah dari kategori Samsung Bespoke, penawaran warna yang ditawarkan jenama teknologi dari Korea ini adalah cukup estetik dan sesuai untuk anda yang mengimpikan susun atur dapur yang moden dan minimalis.

Untuk model Samsung Grill Microwave Oven 30L yang Tajria gunakan ini, ia membawakan kod warna Glam Sky Blue yang merupakan pilihan warna yang baharu diperkenalkan oleh Samsung. Selain daripada warna ini, anda juga boleh memilih dua warna baharu yang lain seperti Jeju Yellow dan Jeju Green atau anda juga boleh mendapatkan tiga warna sedia ada seperti Clean Pink, Clean Mint dan Pure Black.
Mengulas serba ringkas akan warna Glam Sky Blue ini, pada pandangan kasar ia kelihatan seperti warna kelabu kebiruan. Namun, jika diletakkan di bawah pencahayaan yang terang, warna yang kelihatan pula adalah julat warna biru yang sedikit pudar.

Dari segi berat dan saiz pula, untuk anda yang mempunyai kabinet atau kaunter dapur yang kecil dan sempit, anda mungkin boleh mempertimbangkan model ketuhar yang lain daripada Samsung. Hal ini kerana, Samsung Grill Microwave Oven 30L mempunyai saiz yang agak besar dan sedikit berat untuk anda yang mencari pilihan ketuhar yang kompak.
Berdasarkan maklumat produk yang dinyatakan di laman rasmi Samsung, ketuhar ini menampilkan saiz luaran sebesar 517 x 297.3 x 425.3 mm, manakala ruang muatan sekitar 20/40ft dan berat 15.9kg.
Benarkah Ketuhar Samsung Ini Dilengkapi Dengan Kehebatan Nyahbeku Yang Serba Pantas Dan Efisien?
Untuk pengetahuan anda, di pasaran terdapat dua kategori utama bagi ketuhar. Pertama adalah ketuhar konvensional dan yang kedua pula convection.
Apakah yang membezakan keduanya?
Bercerita mengenai ketuhar konvensional, ia dilengkapi dengan alat pengukur suhu yang mana membenarkan anda memilih suhu yang bersesuaian dengan penyediaan makanan anda.
Malah, ketuhar konvensional juga biasanya menggunakan kipas yang akan mengedarkan haba secara merata. Ketuhar konvensional akan memanaskan ruang ketuhar, bukan hanya makanan itu sendiri.
Sementara, ketuhar jenis convection atau perolakan pula menampilkan penawaran pemanasan pada suhu yang konsisten. Oleh itu, haba yang hadir akan diagihkan secara merata ke seluruh makanan. Malah, untuk ketuhar perolakan juga berupaya memasak sekitar 25 peratus lebih pantas berbanding ketuhar konvensional.

Dan untuk Samsung Grill Microwave Oven 30L ini, ia tergolong dalam kategori convection. Ia dilengkapi dengan sistem pengedaran berganda atau Triple Distribution System yang unik. Menerusinya, sistem ini membantu mengedarkan gelombang mikro dalam 3 arah berbeza, supaya ia mencapai setiap sudut dan menembusi makanan di setiap bahagian. Hasilnya, makanan akan dimasak dengan lebih teliti dan sekata.
Untuk percubaan Tajria, penulis mulakan penggunaan ketuhar ini dengan proses nyahbeku ayam untuk saiz hidangan sekitar 350g. Caranya;
- Letakkan ayam yang beku di atas pinggan alas yang disediakan
- Masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro.
- Pilih program ‘Power Defrost’ dan tekan butang MULA atau butang +30s untuk mula memasak.
- Setelah selesai, biarkan ia selama 2-3 minit untuk sejuk.

Selain daripada fungsi ‘Defrost’ terdapat beberapa fungsi lain yang turut ditawarkan iaitu Panggang (Grill) dan Panggang Dengan Gelombang Mikro (Microwave Grill). Perbezaan yang ketara bagi kedua-dua fungsi ini adalah kelajuan waktu ia memasak.
Ini kerana panggangan menggunakan teknologi gelombang mikro, ia menghasilkan hidangan yang lebih rangup dan warna yang lebih keemasan. Jika dibandingkan dengan pilihan ‘panggang’ sahaja, waktu yang diambil lebih lama dan hasil panggangan tidak begitu sekata.


Selain daripada sesuai untuk hidangan berat seperti lauk pauk yang berasaskan ayam, ikan dan daging lembu, Samsung Grill Microwave Oven 30L ini juga boleh digunakan untuk pamanasan manisan seperti kek, pastri dan puding.
Mudah Untuk Bersih- ‘Plus Point’ Untuk Dapur Anda
Walau secanggih mana pun teknologi yang diperlihatkan, tanpa binaan untuk ketuhar yang mudah dibersihkan, pasti ia tidak cukup untuk menarik minat para ibu di dapur bukan?
Waktu usai menggunakan Samsung Grill Microwave Oven 30L, pengalaman pembersihan semula bahagian dalam ketuhar boleh dikatakan agak mudah. Ini mungkin disebabkan oleh bahagian ketuhar yang diperbuat daripada seramik jenis enamel yang tidak membuatkan kotoran minyak melekat lebih dalam pada binaannya.


Dan yang menarik juga, walaupun menggunakan pinggan kaca sewaktu pemanasan makanan dilakukan, ia tidak menyebabkan kesan calar yang jelas pada pinggan sedia ada ketuhar. Makanya, jika anda mendapatkan ketuhar ini untuk dapur anda, ia dijangkakan akan memberikan imej yang kelihatan seperti baru untuk tempoh yang lebih lama.
Cumanya, apa yang kurang memuaskan untuk kerangka luar Samsung Grill Microwave Oven 30L MG30T1508CY ini adalah ia mudah memerangkap habuk selain turut memperlihatkan kesan minyak sekiranya tidak dilap dengan betul.

Adakah Samsung Grill Microwave Oven 30L Keperluan Dapur Yang Penulis Cari?
Jawapannya, ya. Penulis berpuas hati dengan penawaran ciri dan fungsi yang terbina pada ketuhar ini. Samsung Grill Microwave Oven 30L ini antara pilihan yang baik dalam barisan atau segmen produk yang sama. Iaa menawarkan teknologi serba baharu pada panel tetapan masakan, selain turut menggunakan bahan yang berkualiti untuk binaan tubuh dan kerangka.

Namun, untuk harga RM799 sebuah, ia boleh dikatakan agak mahal apabila dipadankan dengan kelengkapan yang ada pada model ini. Jika anda memilih model dengan rekaan yang minimalis, anda mungkin boleh mempertimbangkan Samsung Grill Microwave Oven 30L ini.
Tetapi jika anda mempunyai bajet yang kecil dan ruang dapur yang terhad, penulis sarankan untuk anda mendapatkan ketuhar dengan saiz yang lebih kompak di samping menawarkan ciri dan fungsi yang lebih varieti.