Pernahkah anda mendengar akan penawaran minuman kopi tanpa menggunakan biji kopi? Jika tidak pernah, tahukah anda bahawa terdapat satu jenama antarabangsa iaitu Minus Coffee telah hadir dengan hidangan kopi lestari yang mana ia menawarkan secawan kopi yang tidak mengandungi biji kopi.

Menurut Minus Coffee, mereka menggunakan dan memanggang bahan seperti akar, biji dan juga kekacang yang dikitar semula. Ia kemudiannya dikisar, dibancuh dan ditapai sehingga menghasilkan hidangan kafein yang sama seakan kopi biasa.
Dengan menggunakan kehebatan bioteknologi yang dicipta mereka, jenama ini dilihat berjaya mencipta semula rasa, aroma dan kesan kopi tanpa menjejaskan ekosistem tanaman di beberapa negara sekaligus membantu mengatasi masalah seperti penurunan hasil dan kualiti kopi disebabkan oleh peningkatan suhu global.
Selain menampilkan minuman kopi dalam tin, Minus Cofee turut telah memperkenalkan beberapa minuman lain yang dirumus dengan biji kurma, biji bunga matahari, biji anggur dan malt millet.
Sumber: FBN