Pada pertengahan tahun 2022, telah tular akan berita yang mengatakan tentang penularan cacar monyet di beberapa negara di Eropah, Amerika dan juga Australia.
Ia merupakan penyakit yang disebabkan oleh jangkitan orthopoxviruses yang mana penyakit cacar monyet ini boleh tersebar kepada manusia melalui beberapa kaedah iaitu:
- Melalui haiwan sama ada gigitan atau sentuhan dengan darah dan cecair binatang
- Melalui sentuhan bersama individu yang mempunyai penyakit cacar monyet
Dan kini berdasarkan perkongsian Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan bahawa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bersama-sama dengan pakar kesihatan awam global telah sebulat suara menggunakan nama mpox, sinonim kepada nama monkeypox dan juga cacar monyet.

Menurut WHO, penggunaan nama mpox ini adalah berikutan untuk mengurangkan kebimbangan yang dibangkitkan oleh pakar tentang kekeliruan nama selain untuk meminimumkan kesan negatif nama ke atas industri perdagangan, perjalanan, pelancongan atau kebajikan haiwan, dan mengelakkan daripada menyebabkan kesalahan kepada mana-mana kumpulan budaya, sosial, kebangsaan, serantau, profesional atau etnik.
Untuk pengetahuan anda, nama cacar monyet atau monkeypox dahulunya mula wujud pada tahun 1970 selepas virus yang menyebabkan penyakit itu ditemui pada monyet kurungan pada tahun 1958. WHO kemudiannya menerbitkan nama penyakit ni pada tahun 2015.
Setakat ini, istilah “monkeypox” akan kekal sebagai istilah yang boleh dicari dalam ICD, untuk memadankan maklumat bersejarah.
Apa Itu Mpox?
Mpox adalah penyakit yang disebabkan oleh virus dari bintang liar seperti monyet, tikus Gambia dan tupai. Penyakit ini boleh berjangkit melalui darah, air liur, cairan tubuh dari binatang yang sudah pun dijangkiti virus, atau anda memakan daging binatang liar ini.

Walaupun ia mampu berjangkit dari manusia ke manusia, tetapi peratus sangat jarang berlaku. Berikut adalah simptom-simptom mpox:
- Demam
- Lesu badan
- Sakit sendi
- Menggigil
- Keluar gelembung nanah
Adakah Penyakit Ini Sudah Mempunyai Penawarnya?
Untuk penyakit mpox ini, memang tiada penawar bagi pesakit yang dijangkiti cacar monyet ini. Ini kerana ia mampu baik dengan sendiri, dan mungkin mengambil masa selama 6 hingga ke 16 hari, atau pun hingga 20 hari. Untuk pengetahuan anda semua juga, penyakit cacar monyet ini tidak membawa maut.
Kesimpulannya, walaupun peratus untuk berjangkit sesama manis sangat rendah, namun penting untuk kita berjaga-jaga setiap masa dan untuk berhati-hati ketika memilih makanan yang tidak diragui kebersihannya. Sentiasa berwaspada ya!
Sumber: WHO