Sistem brek kenderaan adalah elemen paling penting untuk setiap kenderaan. Ini disebabkan, brek merupakan tonggak utama yang akan memastikan keselamatan penumpang sepanjang pemanduan sama ada untuk memperlahankan dan juga memberhentikan kenderaan.
Seperti yang anda ketahui, sistem brek sangat berkait rapat dengan putaran tayar yang mana ia membantu menghentikan pergerakan. Maka tidak hairanlah anda perlu menjaga sistem brek kenderaan dengan baik bagi mengelakkan kemalangan besar atau bahkan kemungkinan tragedi ngeri.
Sebilangan besar individu sering memandang remeh akan jangka hayat sistem brek. Jadi, hari ini Tajria ingin berkongsi kepada anda tips dan pemeriksaan yang perlu dilakukan untuk memastikan sistem brek kekal berfungsi sewaktu pemanduan.
Periksa Pad Brek Dan Rotor
Bagi yang tidak mengetahui, rotor direka untuk mengubah gerakan menjadi tenaga haba. Semasa anda menekan pad brek, luas permukaan rotor menimbulkan geseran yang akan menahan putaran roda sekaligus memperlahankan pergerakan kenderaan.
Oleh kerana pad brek dan rotor bersentuhan langsung dengan tayar jika ia dipandu pada kelajuan penuh, risiko dan kemungkinan ia akan usang adalah tinggi.
Disebabkan itu juga, adalah wajar untuk membuka tayar dan memeriksa pad brek dan rotor untuk sebarang tanda-tanda kerosakan. Jika sudah tiba masa untuk diganti, anda akan dapat mengesan bau yang hangit setiap kali anda menekan brek.
Pastikan Cecair Brek Pada Paras Mencukupi
Kegunaan cecair brek adalah untuk memindahkan tekanan dari pedal brek ke pad brek dan rotor. Dengan adanya cecair brek juga, ia mempengaruhi prestasi brek secara drastik.
Sekiranya anda memeriksa cecair brek dan melihat campuran yang keruh atau bekeladak, ia sudah tiba masanya untuk ditukar. Sebilangan besar pengeluar kenderaan mengesyorkan agar cecair brek diganti setiap 25,000 batu.
Ganti Bahagian Brek Yang Berkarat
Selain itu, untuk kenderaan yang kerap berjalan jauh ataupun telah lama digunakan, adalah lebih baik jika anda menaik taraf bahagian brek jika untuk prestasi pemanduan dan juga kelancaran pengendalian.
Sebagai contoh, sekiranya cakera brek telah berlubang atau berkarat, anda boleh menaiktaraf pad brek lama kepada pad brek jenis seramik bagintujuan untukmengurangkan debu brek.
Akhir sekali, periksa garis brek anda secara berkala. Jika ada udara berlebihan, ia boleh mengganggu sistem brek dan menyebabkan sistem brek merosot.
Sumber: Nubrakes Hollendshades