Niacinamide merupakan antara bahan dalam produk kecantikan yang sering mendapat perhatian umum. Hal ini kerana, niacinamide berfungsi dalam memberikan pilihan yang baik untuk membantu menyasarkan masalah penjagaan kulit, seperti perubahan tona warna dan kemerahan selain menjadi cecair solusi yang lembut untuk kulit.
Namun, tahukah anda bahawa niacinamide boleh didapati di dalam makanan termasuk ragi, daging, ikan, susu, telur, sayuran hijau, kacang dan biji-bijian?
Di dalam produk makanan, bahan tersebut dipanggil niacin atau vitamin B3 yang ditemui secara semula jadi dalam sesetengah makanan. Dua bentuk niasin yang paling biasa dalam makanan dan suplemen ialah asid nikotinik dan nikotinamida.
Niasin berfungsi dalam badan sebagai koenzim, dengan lebih daripada 400 enzim bergantung kepadanya untuk pelbagai tindak balas. Niacin membantu menukarkan nutrien kepada tenaga, mencipta kolesterol dan lemak, mencipta dan membaiki DNA, dan memberikan kesan antioksidan.
Selain, dijumpai di dalam makanan, niacin juga telah ditambahbaik dan diproses sebagai bahan dalam produk penjagaan kulit biasa yang dikenali sebagai niacinamide.
Apa itu Niacinamide?
Seperti disebutkan, niacinamide adalah bentuk vitamin B3. Seperti vitamin B yang lain, ia memainkan peranan penting dalam memastikan sel-sel di seluruh tubuh anda berfungsi dengan baik.
Tubuh anda tidak menyimpan niacinamide, jadi penting anda mendapatkannya melalui diet ataupun penggunaan produk penjagaan kulit yang bersesuaian.
Berikut adalah antara kelebihan pengambilan Niacinamide termasuk:
Memperbaiki Sel Kulit Dan Meneutralkan Radikal Bebas
Niacinamide adalah pendahulu molekul yang membolehkan semua sel, termasuk sel kulit memperbaiki kerosakannya dan meneutralkan radikal bebas yang boleh menyebabkan kanser kulit dan kerosakan kolagen dan elastin.
Oleh itu ramai yang akan menggunakan produk yang mempunyai niacinamide kerana vitamin ini penting untuk menjaga kulit supaya lebih kuat, sihat dan awet muda.
Meningkat Pengeluaran Ceramides
Selain faedah pencegahan itu, terdapat banyak manfaatnya lain yang menjadikannya ramuan yang baik untuk semua jenis masalah kulit.
Bagi anda yang mempunyai jenis kulit yang kering, ia membantu dalam meningkatkan pengeluaran ceramides sekaligus menjadikan kulit lebih kekal lembap.
Niacinamide berfungsi dalam membuka saiz pori dan tekstur kulit, jadi apabila anda menggabungkan niacinamide dan ceramides, kedua-duanya saling melengkapi dan akan memberikan anda kulit yang lembut, bercahaya dan sekata
Membantu menjadikan tona kulit lebih sekata
Bukan itu sahaja, Niacinamide menghalang pemindahan pigmen ke sel yang boleh menyebabkan hiperpigmentasi.
Data menunjukkan niacinamide adalah sebatian pencerah kulit yang berkesan yang berfungsi dengan menghalang pemindahan melanosom dari melanosit ke keratinosit.
Bertindak sebagai agen antioksidan dan anti-radang
Menurut ahli dermatologi di Oregon, niacinamide mampu meneutralkan dan menenangkan tindak balas keradangan kulit terhadap perkara-perkara seperti sinaran UV dan pergantian sel.
Malah, ia juga adalah antioksidan yang lebih lembut dan stabil daripada vitamin C. Oleh sebab itu, produk dengan niacinamide sangat sesuai untuk anda yang mempunyai kulit sensitif.
Bersama dengan sifatnya yang anti-radang, ia juga terbukti dapat mengurangkan pengeluaran minyak dan menormalkan lapisan pori-pori, mencegahnya tersumbat dan membesar.
Jadinya, anda sudah mengetahui beberapa kelebihan niacinamide. Oleh itu, bagi anda yang sedia menggunakannya, apakah jenama kegemaran anda yang mengandungi bahan ini?