Seringkali kita akan mendengar istilah, “burung hantu” yang merujuk kepada individu yang berjaga malam dan tidak tidur disebabkan melakukan sesuatu aktiviti. Namun, adakah istilah tersebut benar-benar sama seperti tabiat burung hantu yang merujuk kepada tidak tidur pada waktu malam?

Adakah Benar Burung Hantu Tidak Tidur Malam?

Tidak semua burung hantu berjaga malam kerana terdapat sesetengah burung hantu adalah pemburu siang hari yang aktif. Malah, sama seperti manusia juga, burung hantu kecil atau anak burung hantu akan tidur lebih lama berbanding burung hantu dewasa.

Antara contoh burung hantu malam termasuklah Bubo virginianus dan Tyto alba. Sementara burung hantu siang pula terdiri daripada jenis Surnia ulula dan burung hantu kerdil utara iaitu Glaucidium gnoma yang memburu makanan pada waktu siang. Namun, terdapat juga burung hantu yang memburu pada waktu siang dan malam yang mana mereka adalah pemburu yang aktif.

Selain itu, tahukah anda, burung hantu juga berkemungkinan besar pernah mengalami masalah tidur? Ia biasanya berlaku dalam kalangan burung hantu yang cenderung berjaga secara tidak sengaja ketika waktu tidur mereka disebabkan oleh gangguan fasa tidur.

Mengapa Terdapat Kumpulan Burung Hantu Yang Berjaga Siang Dan Selebihnya Berjaga Pada Waktu Malam?

Faktor di sebalik jadual tidur yang berbeza-beza ini dipengaruhi oleh ketersediaan mangsa ataupun secara umumnya melibatkan waktu haiwan buruan tersebut berjaga.

Sebagai contoh, burung hantu pygmy utara mempunyai kecenderungan untuk memburu burung yang berjaga pada siang hari. Sementara burung hantu malam pula memakan burung kecil dan tikus dan haiwan diurnal yang lain.

Tambahan, untuk burung hantu yang berjaga malam juga mempunyai kelebihan penglihatan dan pendengaran yang sangat baik bagi membantu mereka memburu dengan baik pada waktu malam.

Di samping itu, terdapat perbezaan dari segi jenis bulu burung hantu yang mana pemburu pada waktu malam mempunyai bulu yang hampir tidak mengeluarkan bunyi ketika terbang. Menarik bukan?

Tidak seperti kebanyakan burung yang lain, burung hantu tidak hidup atau tidur bersama, sebaliknya burung hantu tidur bersendirian dan melakukan semuanya aktivitinya sendiri yang mana bukan dalam kumpulan.

Sumber: In To Yard Live Science