Selain melakukan pesanan melalui aplikasi GrabFood, FoodPanda dan juga ShopeeFood, tahukah anda bahawa aplikasi Starbucks kini turut membenarkan anda melakukan pesanan minuman dan makanan kegemaran anda di Starbucks?


Apa yang menariknya, ia berfungsi sama seperti kad fizikal yang anda gunakan di kedai tetapi kini ia turut boleh digunakan sewaktu melakukan pesanan di aplikasi. Malah, anda juga tak perlu beratur panjang di kaunter kerana pesanan dan pembayaran boleh dilakukan di hujung jari sahaja.

Namun, apa yang penting adalah anda harus membuka akaun ahli Starbucks di aplikasi dan seterusnya anda boleh memesan minuman seperti biasa.


Bagaimana Cara Untuk Mendaftar Sebagai Ahli Starbucks?

Berikut adalah proses yang perlu anda lakukan untuk mendaftar:

  1. Dapatkan kad Starbucks di rangkaian Starbucks berdekatan anda.
  2. Kemudian, muat turun aplikasi Starbucks pada peranti mudah-alih anda menerusi kedai atas-talian App Store atau Play Store.
  3. Klik butang ‘Order’ dan pilih ‘Join Now’.
  4. Selepas itu, anda perlu mengisi butiran penting termasuk emel, kata laluan, nombor kad, kod kad, tarikh lahir, negeri dan banyak lagi.
  5. Setelah selesai, anda perlu mendaftar masuk semula untuk mula melakukan pesanan.

5 Langkah Mudah Melakukan Pesanan Melalui Ciri Pesanan Mudah Alih dan Bayar

Sebelum anda melakukan pesanan, pastikan anda telah mengaktifkan lokasi pada peranti mudah-alih untuk memudahkan carian kedai yang berdekatan.


  1. Mula pilih jenis minuman yang anda ingin cuba; Winter Beverage, Espresso & Coffee, Frappuccino dan Chocolate & Tea.
  2. Kemudian, tetapkan saiz pesanan, pilihan susu, tambahan espresso, drizzle dan sebagainya.
  3. Apabila telah menambah minuman anda ke dalam bakul, anda boleh terus melakukan pembayaran. Sahkah setiap pesanan anda dan lokasi yang tepat untuk anda ambil.
  4. Jika baki anda tidak mencukupi, anda boleh menambah nilai terus pada aplikasi menggunakan ciri perbankan atas-talian. Had amaun maksima untuk tambah nilai adalah RM500.
  5. Seterusnya, hantar pesanan anda dan tunggu sehingga minuman anda tersedia untuk diambil (pick-up).

Setakat ini, lokasi yang tersedia untuk pesanan melalui aplikasi Starbucks masih lagi terhad. 

Ciri ini hanya boleh diakses dan digunakan pada 24 rangkaian Starbucks terpilih di:

  1. Starbucks Alam Damai
  2. Starbucks Ampang Point
  3. Starbucks Bangi Gateway
  4. Starbucks Banting Business Centre
  5. Starbucks Caltex Melawati
  6. Starbucks Caltex USJ 16
  7. Starbucks Club Nexus
  8. Starbucks KLCC 2
  9. Starbucks Kota Damansara
  10. Starbucks KPJ Tawakkal
  11. Starbucks Lotus’s Kepong DT
  12. Starbucks Menara Binjai
  13. Starbucks Metro Point Kajang
  14. Starbucks Nu Tower
  15. Starbucks Oasis Damansara
  16. Starbucks Pearl Point
  17. Starbucks PJ8
  18. Starbucks Plaza Shah Alam
  19. Starbucks Reserve Berjaya Times Square
  20. Starbucks Reserve Setia Alam DT
  21. Starbucks Rimbayu DT
  22. Starbucks Shaftsbury
  23. Starbucks SS15
  24. Starbucks Taipan
  25. Starbucks Uptown 1

Berminat? Jadi mula pesan hari dan nikmati minuman kegemaran anda lebih awal dengan Starbucks Mobile Order and Pay. Selamat mencuba!