Sempena tahun baru 2022 ini, terdapat beberapa syarikat makanan terkemuka telah mula mengemaskini penawaran mereka dan kebanyakannya mula menawarkan set hidangan berkas (bundle) atau juga set kombo yang memperlihatkan sejumlah hidangan pada kuantiti yang besar dan dijual pada harga yang berpatutan.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba, berikut adalah senarai berkas makanan yang boleh anda beli bermula hari ini:

Burger King: New Year Bundle

Sah sehingga 31 Januari 2022, anda boleh mendapatkan set hidangan burger pada harga yang berpatutan tidak kira untuk makan tengahari, makan malam dan sebagainya.

Anda boleh memilih untuk mendapatkan berkas BK New Year Bundle A yang menawarkan 4 burger BK Chick’ N Crisp bersama dua kentang goreng ataupun anda juga boleh mencuba BK New Year Bundle B yang menampilkan 2 pilihan burger pada harga yang RM22 satu set.


Texas Chicken: Star Box Combos

Jika anda ingin mencampurkan hidangan burger bersama ayam atau ayam dan juga bubur, nampaknya Texas Chicken Malaysia menyediakan semua yang diperlukan anda. Anda boleh memilih sama ada Mexicanan Burger, Mexicana Wrap, Porridge, Zesty Crunch Burger, Tex Sampler dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, untuk gabungan dua hidangan utama, kesemuanya ditawarkan pada harga yang mampu milik iaitu bermula RM9.50 sehingga RM 16.99 sahaja.


Nando’s Malaysia: Full Platter

Jika anda menginginkan kelainan untuk menu makan tengahari anda, ayuh cuba set hidangan Full Platter untuk 3 hingga 4 orang di Nando’s.

Tawaran ini sah untuk pembelian bawa pulang yang menampilkan pilihan hidangan sama ada 1 ekor ayam bersama 2 hidangan saiz besar atau 1 ekor ayam bersama 4 hidangan saiz sederhana pada harga hanya RM71.90.


Pizza Hut: My Box Duo & 3 Regular Deals

Untuk anda yang meminati piza pula, anda boleh mendapatkan variasi jenis piza pada harga yang berpatutan di Pizza Hut.

Ia menampilkan pelbagai pilihan promosi yang boleh anda terokai termasuk My Box Duo dan 3 Regular Deals. Anda juga boleh memilih untuk menggabungkan pilihan piza bersama spaghetti, atau pizza bersama ayam, roti dan bermacam-macam yang lain. 


KFC: Holiday Bucket

Penggemar ayam goreng pastinya tidak ingin melepaskan peluang dalam mendapatkan hidangan ayam goreng di KFC menerusi pilihan set Holiday Bucket.

Untuk set ini, anda boleh mendapatkan 10 ketul ayam bersama-sama dengan hidangan kentang lecek, coselaw dan air Pepsi pada harga hanya RM62.99 sahaja.


Menarik? Anda boleh dapatkan kesemua hidangan ini sama ada melalui pesanan secara atas-talian ataupun kunjungi ke rangkaian kedai berdekatan anda bermula hari ini!