Mengapa Deria Rasa Akan Menjadi Hambar Dan Tidak Menyelerakan Ketika Sakit?
Lina Rosli
Di dalam dunia ini, pastinya tidak ada seorang pun yang akan menyatakan bahawa mereka suka akan sakit. Memilih untuk rasa sakit tidak kira sama ada sakit yang teruk, ataupun sekadar sakit tekak dan keletihan.
Perasaan atau keadaan sakit ini sering digambarkan sebagai satu rasa yang tidak selesa atau kurang sihat serta turut membuatkan anda rasa lesu dan tiada selera untuk makan.
Bercakap mengenai selera makan pula, antara faktor yang menyebabkan penurunan selera ini berkemungkinan besar berpunca daripada lidah yang tidak mengenal rasa serta rasa tekak yang perit sekaligus menjadikan hidangan kegemaran anda terasa hambar.

Mengapa Rasa Makanan Berbeza Ketika Sakit?
Untuk pengetahuan anda, rasa atau deria rasa yang kita nikmati adalah gabungan dua deria iaitu daripada tunas rasa dan kelompok sel deria yang disambungkan kepada gentian saraf yang menerima sensasi rasa serta deria bau.
Oleh itu, apabila saraf bau dan rasa anda dirangsang, isyarat dihantar ke otak, yang menterjemahkan isyarat tersebut dan mengenal pasti apa yang anda rasa.
Rasa asas yang boleh dinikmati kebanyakan individu adalah rasa manis, masam, pahit, masin dan pedas. Walaupun deria rasa telah dilihat sebagai mekanisme kawalan kualiti pemakanan, pengalaman manusia menelan makanan adalah interaksi daripada semua 5 rasa ini.
Apabila makanan diletakkan di dalam mulut, anda akan mendapati berlakunya sama ada perubahan rasa, suhu, dan tesktur yang mana kemudiannya reseptor sentuhan akan menilai kualiti sesuatu makanan.

Apa Yang Berlaku Pada Deria Rasa Ketika Sakit?
Apabila kita sakit, hidung biasanya sering tersumbat dan dipenuhi dengan lendir. Malah, tisu di dalam hidung kita boleh menjadi bengkak dan meradang.
Akibatnya, ia akan menghalang kita daripada dapat menghidu dengan dengan betul kerana deria bau sangat terikat dengan deria rasa and. Jadinya, jika anda tidak dapat menghidu sesuatu dengan betul, anda juga tidak akan dapat merasainya dengan betul.
Dalam kebanyakan kes, sebaik sahaja penyakit itu hilang deria rasa anda akan kembali pulih. Walau bagaimanapun, dalam beberapa kes keradangan boleh membawa kepada kerosakan kekal. Jika ia berterusan melebihi dua minggu anda perlu mendapatkan rawatan dan konsultasi dari pakar.
Jika deria rasa anda tidak kembali, atau anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang hidung atau tekak anda, buat temu janji dengan doktor untuk diagnosis yang lebih terperinci.