Sejak akhir-akhir ini, akses kepada kit ujian kendiri sudahpun menjadi mudah untuk semua rakyat Malaysia. Terdapat dua pilihan kit ujian yang boleh anda gunakan sama ada hidung atau air liur.

Namun, tahukah anda terdapat satu lagi jenis kit ujian kendiri yang lebih mudah untuk digunakan iaitu Whistling Test 2019-nCov Saliva Antigen Easy Test. Jenis kit ini dilihat sangat sesuai digunakan oleh kanak-kanak dan juga warga emas kerana ia tidak memerlukan anda untuk menjolok tekak dan juga hidung.



Antara kelebihan kit ujian ini, ia menampilkan reka bentuk seakan lolipop yang menjadikannya mudah untuk digunakan. Secara amnya, ia mempunyai sensitiviti sehingga 93.91%.

Untuk menggunakan Kit Ujian Kendiri COVID-19 Whistling ini, berikut adalah lima langkah yang perlu anda ikuti:

  1. Keluarkan kit dari beg foil.
  2. Kemudian, masukkan kit ke dalam mulut. Pastikan bahagian yang menyerap air liur yang diletakkan di dalam mulut dan letakkannya secara mendatar.
  3. Sebelum anda mengeluarkannya, pastikan juga bahagian penyerap terkena pada sekeliling mulut dan lidah untuk mengumpulkan cecair air liur. Anda juga disarankan untuk membiarkan air liur secara semula jadi diserap pada penyerap.
  4. Seterusnya, keluarkan bahagian penyerap dari mulut apabila warna ungu mula muncul.
  5. Tunggu selama 10 minit sebelum membaca keputusan ujian anda.

Sekiranya anda melihat dua garis merah pada bahagian C dan T, ini menunjukkan keputusan yang positif. Sementara, jika garis merah hanya pada bahagian C sahaja, maka keputusan ujian tersebut adalah negatif.

Untuk mendapatkannya, anda boleh membeli Whistling Test 2019-nCov Saliva Antigen Easy Test pada harga RM8.90 seunit di MR.DIY atau RM44.50 untuk 5 unit kit.