KFC kini kembali lagi dengan menu baharu untuk siri burger mereka iaitu KFC Golden Egg Burger.
Menu ini diperkenalkan khusus untuk sambutan tahun baru Cina yang bakal tiba pada Februari 2022. Ia menampilkan kepingan ayam yang disaluti dengan serbuk telur emas bersama-sama dengan rempah rahsia yang sememangnya akan menambah selera anda.

Seperti kebanyakan burger ayam KFC yang lain, KFC Golden Egg Burger ini juga hadir dengan tekstur ayam yang empuk, berjus dan rangup. Sementara untuk dressing burger pula, ia dilengkapi dengan salad, mayonis dan sekeping keju lalu diapit dengan ban biijan yang lazat.
Bagi anda yang berminat, KFC Golden Egg Burger ini ini boleh didapati di menu KFC bermula hari ini. Anda boleh mendapatkannya pada harga bermula RM13.99 untuk pesanan ala carte.

Sementara set KFC Golden Egg Burger Kombo pula dijual pada harga RM17.99 dan Burger Box Meal pula berharga RM21.99 yang menawarkan kedua-dua burger dan juga ayam.
Tetapi, jika anda ingin berkongsi lebih ramai, dapatkan juga KFC Golden Egg Burger Buddy Meal yang menampilkan dua burger, dua ketul ayam dan juga cheezy wedges pada harga hanya RM32.99 sahaja.
Dapatkan kesemuanya bermula hari ini melalui pesanan atas-talian di KFC App, GrabFood, FoodPanda dan juga ShopeeFood ataupun kunjungi ke rangkaian fizikal KFC berdekatan anda!