Carian
Sempena Tahun Harimau, SK-II Memperkenalkan Pitera Essence Edisi Terhad Terbaru
January 5, 2022 Lina Rosli

Diinspirasikan daripada keberanian dan kekuatan raja segala haiwan iaitu harimau, SK-II kini menampilkan koleksi produk penjagaan kulit edisi terhad iaitu Pitera Essence Limited Edition.

Ia merupakan cecair yang membantu menyuburkan dan menyegarkan permukaan kulit agar lebih hidrat dan lembut. Jika dibandingkan dengan serum, ia mempunyai tekstur yang cair selain lebih ringan dan kebiasaannya produk ini akan digunakan selepas menggunakan pembersih muka dan penyegar. 


Untuk siri essence keluaran terbaru daripada SK-II ini, ia merupakan produk yang paling popular dan paling laris dalam kalangan pembeli kerana ia dilengkapi bahan-bahan yang dapat menghasilkan kulit yang licin dan bersinar seperti kristal.

Bagi anda berminat, SK-II PITERA Essence Rewrite Destiny ini tersedia dalam pek pembungkusan edisi terhad berwarna jingga dengan corak tambahan seperti belang harimau yang berwarna hitam.

Harga jualannya pula dijual pada harga sekitar RM759 di kedai fizikal Watson dan Guardian di seluruh negara atau di kedai atas-talian SK-II bermula hari ini.

Komen