Baru-baru ini, Samsung Malaysia telahpun melancarkan telefon terpintar terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy S21 FE.

Peranti ini menampilkan spesifikasi yang cukup menarik selain menawarkan pilihan warna yang boleh disesuaikan dengan gaya harian anda iaitu Lavender, Olive, Graphite dan juga White.


Telah menjadi kegemaran Samsung, peranti ini dilihat hadir dengan kerangka belakang yang tidak berkilau menjadikan ia cukup kemas ketika dipegang di tangan. Dari segi rekaan juga, ia membawakan kamera utama 12+12+8-Megapixel selain turut menampilkan ciri seperti Space Zoom sehinggaa 30X, atau zum optikal sehingga 3X serta pilihan mod rakaman yang menarik iaitu Night Mode dan juga Dual Recording.

Selain itu, jika anda memilih untuk membeli peranti dengan kapasiti bateri yang besar, maka Samsung Galaxy S21 FE adalah antara senarai yang cukup sempurna untuk anda dapatkan kerana ia dilengkapi bateri 4500mAh dengan sokongan pengecasan pantas berwayar 25W, atau nirwayar 15W.


Sudah cukup untuk menarik minat anda? Jika ya, anda boleh mula pra-tempah peranti ini bermula 6 Januari 2022. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan diskaun menerusi ebaucar S21FEFANS dengan nilai sebanyak RM350. Untuk pengetahuan anda, harga jualan rasmi Samsung Galaxy S21 FE ini adalah RM2899 sebuah.