Carian
Tahukah Anda Mengapa Serangga Mempunyai Sekurang-Kurangnya 6 Kaki? Mengapa Ulat Gonggok Menggulungkan Badan Jika Disentuh?
January 6, 2022 Lina Rosli

Di dunia, terdapat jutaan spesies serangga dan tahukah anda bahawa kesemuanya mempunyai sekurang-kurangnya 6 kaki?

Untuk pengetahuan anda, serangga adalah kumpulan terbesar dalam arthropoda yang mana anggaran bilangannya sekitar 6 hingga 10 juta yang hadir daripada habitat yang berbeza sama ada di air dan daratan seperti rama-rama, lebah, pepijat dan banyak lagi.

Serangga mempunyai exoskeleton berkitin serta hadir dengan 3 bahagian badan iaitu kepala, toraks dan perut dan tiga pasang kaki bersambung terus pada anggota badan.


Secara definisi, serangga mempunyai 3 pasang kaki, jadi mereka mempunyai 6 kaki secara keseluruhan. Jika anda mungkin pernah terlihat serangga yang mempunyai 4 kaki, hakikat sebenarnya ia mempunyai 6 kaki atau lebih.

Apa Itu Arthropoda?

Arthropoda berasal dari bahasa Latin iaitu arthros yang bermaksud segmen. Jika ditafsirkan, arthropoda bermaksud haiwan dengan kaki bersegmen atau berjalur.

Ciri utama serangga arthropoda adalah ia dilengkapi dengan sejenis gula kompleks bersama protein yang dibentuk oleh epidermis atau kulit haiwan.

Secara umumnya, arthropoda terbahagi kepada 4 subfilum dan 1 filum yang telah pupus iaitu:

  • Chelicerata (arachnid) yang terdiri daripada serangga seperti labah-labah, kala jengking dan kutu penghisap darah.
  • Crustacea pula terdiri daripada arthropoda marin seperti udang dan ketam.
  • Hexapoda pula merupakan subfilum terbesar arthropoda yang mempunyai enam kaki sepetti cengkerik dan belalang. 
  • Myriapoda pula adalah serangga yang hidup di bawah batu dan balak. Contohnya, lipan atau ulat gonggok dengan kaki yang lebih banyak.
  • Trilobitomorpha terdiri daripada trilobit yang merupakan serangga dominan di lautan yang kini telah pupus.

Mengapa Kebanyakan Serangga Mempunyai 6 Kaki?

Salah satu faktor mengapa serangga mempunyai 6 kaki atau 3 pasang kaki adalah disebabkan oleh mereka mempunyai dua fasa kitaran gaya berjalan iaitu fasa berdiri dan fasa hayunan.

Ketika berada di dalam fasa ini, serangga akan berdiri dan mengangkat satu kaki hadapan dan belakang pada satu sisi, dan kaki tengah pada sisi yang lain. Ia akan disusun secara bergilir yang membentuk seakan tripod berganda. Dengan cara ini, mereka dapat melompat dan berjalan dengan lebih stabil.


Sementara untuk haiwan yang lebih besar pula, ia biasanya mempunyai kurang kaki, kerana sistem vestibular mereka mempunyai lebih banyak masa untuk mengekalkan keseimbangan dan menyesuaikan gaya berjalan semasa pergerakan.

Tidak seperti serangga kecil, langkah mereka sangat pantas sehingga sistem saraf mungkin tidak cukup pantas untuk menangani kawalan berjalan. Sebaliknya, serangga bergantung pada gaya berjalan tripod untuk mengelakkan sebarang ketidakseimbangan.

Selain itu, haiwan yang lebih besar seperti mamalia membuat penyesuaian kecil dalam gaya berjalan mereka sentiasa untuk mengekalkan keseimbangan. Serangga mempunyai lebih sedikit peluang untuk berbuat demikian disebabkan oleh kerangka exoskeleton yang keras dan tidak mudah dilentur.


Tahukah Anda Kaki Ulat Gonggok Akan Tumbuh Dan Bertambah Sepanjang Tempoh Kehidupannya?

Apabila segmen badan pada ulat gonggok bertambah dalam tempoh hayatnya iaitu sekitar 7 tahun, sebenarnya ia juga akan mengeluarkan lebih banyak kaki mengikut segmen badan yang bertambah.

Untuk setiap segmen, akan terdapat dua kaki yang tumbuh. Terdapat ulat gonggok yang pernah dijumpai mempunyai hampir 750 kaki. Unik bukan?


Di samping itu, pernahkah anda terfikir mengapa ulat gonggok akan bergulung sekiranya anda menyentuhnya? Jawapannya adalah mereka melingkarkan badan mereka untuk melindungi perut dan kaki mereka apabila terancam dan berasa bahaya. Hal ini kerana, bahagian abdomen adalah satu-satunya bahagian yang lembut, jadinya mereka cenderung menggunakan rangka luar sebagai perisai.

Sumber: Nature Noon Cantupestcontrol

Komen