Bagi kebanyakan wanita, pemilihan bedak asas yang bersesuaian untuk penampilan harian amatlah penting. Hal ini kerana bedak asas berfungsi untuk menutup cela, membetulkan tona kulit anda dan menutupi ketidaksempurnaan pada kulit.
Bukan itu sahaja, untuk setiap bedak asas juga haruslah berkesan dalam mencegah “maskne”. Jadinya, anda perlu memastikan bedak asas yang dipilih tidak hanya menutupi cela tetapi juga membantu mengurangkan risiko cela pada kulit.

Dengan kehadiran formulasi baharu untuk bedak asas Laneige NEO Foundation, ia menjadikannya produk yang sesuai dipakai di bawah pelitup sekaligus membantu mengembalikan keyakinan kita terhadap yang baru.
Apa Yang Menarik Pada Laneige Siri NEO Foundation?
Untuk versi NEO Foundation Matte ini, ia menyediakan penutup seperti awan yang nipis namun dilengkapi formulasi serbuk mikro yang ringan. Bedak asas ini hadir dengan formula triple-gel yang asasnya meresap secara sekata dalam lapisan yang ringan dan lembut seperti sutera ke dalam kulit.
Sementara NEO Foundation Glow pula memberikan kilauan lembut secara menyeluruh. Ia dihadirkan dengan Liquid Diamond yang menghasilkan sinaran dan kilauan sepanjang hari. Ia sekaligus menjadikan kulit kekal bersinar dan berseri dari setiap sudut.

Kelebihan Penggunaan Laneige NEO Foundation Sepanjang Hari
Menatap skrin telefon bimbit dan komputer riba anda sepanjang hari bermaksud bahawa kita selalu terdedah kepada cahaya biru, yang juga dikenali sebagai cahaya bertenaga tinggi (HEV). Ini boleh menyebabkan kesan buruk pada kulit kita, seperti tekanan oksidatif, penuaan pramatang dan hiperpigmentasi.
Dengan teknologi Electro-filter, ia dilengkapi teknologi yang akan menapis cahaya biru sewaktu penggunaan gajet di rumah. Melaluinya, kulit anda akan dilindungi dari sinar yang merosakkan kulit.
Untuk pengetahuan anda Laneige Neo Foundation juga dilengkapi dengan teknologi Water Color Solution yang unik. Melaluinya, Laneige NEO Foundation akan menawarkan kulit yang jelas dan cerah yang tahan sepanjang hari tanpa pengoksidaan.

Ciri Lain Yang Ditampilkan Siri Laneige Neo Cushion
Siri ini terdapat dalam kemasan Matte dan Glow. Ia juga hadir dalam 5 pilihan warna asas yang boleh disesuaikan mengikut warna kulit anda.
Mana yang sesuai untuk anda?
Laneige NEO Foundation Matte sangat sesuai untuk jenis kulit berminyak, sementara Laneige NEO Foundation Glow pula boleh digunakan untuk anda yang mencari penampilan yang lebih menyerlah dan memukau ketika bergaya.
Bukan itu sahaja, bedak asas ini juga membantu menjaga pengeluaran sebum yang berlebihan, di samping ditingkatkan dengan bahan Ultralight yang memberikan liputan sederhana hingga penuh dengan menutup liang, ketidaksempurnaan dan warna kulit yang tidak rata.
Bagi anda yang berminat, Laneige NEO Foundation boleh didapati pada RM170 untuk saiz 30ml. Untuk mendapatkannya pula, kunjungi ke rangkaian kedai Laneige ataupun layari kedai dalam talian rasmi LANEIGE dan juga kedai rasmi jenama di Lazada, Shopee, Zalora, Hermo, dan GrabMart.