Sudahkah anda berkunjung ke kafe 7-Eleven di Sri Hartamas, iaitu 7 Café?
Jika belum, tahukah anda 7 Café ini menyajikan pelbagai hidangan makanan dan minuman yang mungkin akan menepati citarasa anda?
Apa yang menarik mengenai kafe ini, ia menawarkan cara pembelian yang sangat unik dan mudah yang mana anda hanya perlu memilih kad makanan yang ingin anda dapatkan dan kemudiannya boleh terus membuat pembayaran di kaunter.
Antara menu yang disediakan termasuklah pastri dan roti, sosej, popcorn, pau, kentang goreng, makanan yang sedia untuk dimakan, sandwic dan banyak lagi. Malah, 7 Café juga turut hadir dengan pilihan minuman yang variasi seperti kopi, ais kisar, teh dan pelbagai yang lain.
Setakat ini, 7 Café ini hanya terhad di beberapa tempat sahaja iaitu:
- 7-Eleven Tun H.S. Lee
- 7-Eleven Menara TA One
- 7-Eleven Desa Sri Hartamas
- 7-Eleven Eco Ardence
- 7-Eleven Saujana KLIA
- 7-Eleven Bukit Antarabangsa
- 7-Eleven Jalan Kristal Shah Alam
- 7-Eleven Bukit Damansara
- 7-Eleven Jalan Warisan Sentral 1, Sepang