Melihat kepada perubahan iklim dan juga peningkatan pengeluaran pelbagai jenis produk di dunia, ia sedikit sebanyak telah memberi peringatan kepada semua individu agar mula celik dengan apa yang sedang berlaku kepada bumi yang sudah semakin tua. 

Apabila bercerita tentang alam sekitar, ramai individu dan perniagaan telahpun bersiap sedia untuk mengambil langkah awal untuk bergerak ke aras lestari bagi membantu menyelesaikan isu yang sedang menjadi kerisauan ini.


Untuk tidak ketinggalan, UNIQLO yang sinonim dengan LifeWear kini telah menyediakan pakaian harian dengan penekanan pada kualiti, reka bentuk dan harga untuk dimiliki oleh individu di seluruh dunia. Bersama-sama dengannya, UNIQLO Malaysia hadir dengan pelan inisiatif bergerak ke arah lestari menjelah 2030 termasuk:

  • Mengurangkan pelepasan gas rumah hijau menerusi penggunaan di rangkaian kedai dan pejabat UNIQLO termasuk penggunaan 100% lampu LED, mengimbangi 100% pelepasan karbon menjelang 2023 dan mengurangkan jumlah pencahayaan.
  • Menggunakan semula fabrik untuk menghasilkan produk seperti perabot dan merancang untuk  memanjangkan nilai dan kitaran hayat pakaian mereka.
  • Memperkenalkan produk dengan peningkatan kadar bahan kitar semula dengan sasaran penggunaannya kira-kira 50% menjelang 2030 serta menampilkan koleksi pakaian poliester yang akan diperoleh daripada botol PET kitar semula.
  • Mengurangkan penggunaan plastik dan menggiatkan penggunaan beg bawa sendiri dan pembungkusan yang diperbuat daripada kotak.

Selain itu, beg beli-belah pelanggan juga telah mula ditukar daripada plastik kepada beg kertas pada 2014 dan caj beg kertas dilaksanakan pada 2021 untuk menggalakkan pelanggan membawa beg boleh guna semula mereka untuk membeli-belah.

UNIQLO Juga Akan Menyediakan Pakaian Dan Kelengkapan Untuk Komuniti Dan Masyarakat Yang Memerlukan

Untuk mempromosikan sumbangan sosial, UNIQLO Malaysia telah bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan dan bukan berkeuntungan (NGO & NPO) untuk menyokong pelbagai komuniti sejak 2019. Ia termasuk:


  • Bantuan sempena COVID-19 yang menyediakan 500,000 pelitup muka dan barangan AIRism kepada petugas barisan hadapan di hospital dan pusat vaksinasi, dan pelajar di sekolah
  • Bantuan lanjutan kepada mangsa banjir di Lembah Klang. Sebanyak lebih 46,000 produk UNIQLO, termasuk pakaian hangat dari siri HEATTECH dan koleksi AIRism disumbangkan kepada mangsa banjir melalui Agensi Bantuan Malaysia.

Untuk maklumat lanjut tentang RE:UNIQLO, anda boleh kunjungi ke laman web rasmi UNIQLO bermula hari ini.