Baru-baru ini, Shake Shack telah berkongsi yang mana mereka dijangka akan membuka 10 cawangan Shake Shack di Malaysia menjelang 2031. Menurut perkongsian mereka di laman Instagram @shakeshack juga, operasi mereka di Malaysia akan tiba seawal tahun 2023.

Selain di Malaysia, Shake Shack turut akan memperluaskan penawaran mereka ke Korea dan juga Singapura dengan menyasarkan pembukaan sebanyak 45 buah cawangan di ketiga-tiga negara ini.


Untuk pengetahuan anda, Shake Shack sangat popular dengan sajian menu kegemaran ramai iaitu burger yang dikenali sebagai ShackBurger. Ia menampilkan burger dengan patti daging yang mewah ditambah lagi dnegan sajian sos yang unik menjadikannya salah satu jenama burger yang popular di peringkat global. Bukan itu sahaja, bagi setiap lokasi baharu, Shake Shack turut akan menawarkan menu minuman disesuaikan mengikut citarasa tempatan.

Jadi, bersiap sedia untuk menyambut kedatangan Shake Shack ke pasaran Malaysia. Sama-sama kita tunggu pengumuman yang lebih jelas mengenai lokasi kedai dan seterusnya tarikh rasmi pembukaan cawangan pertama mereka di Malaysia.