Kasut adalah masalah utama bagi kebanyakan individu lebih-lebih lagi wanita kerana sekurang-kurangnya setiap orang akan mempunyai 3 hingga 4 kasut untuk kegunaan harian. Jumlah kasut ini merangkumi selipar, kasut kerja, kasut tumit tinggi, kasut sukan dan banyak lagi. 

Bayangkan jika anda tinggal bersama ahli rumah yang ramai, bukankah bilangan kasut boleh mencapai sehingga puluhan?

Oleh itu, bagi memastikan semua kasut dapat disusun dan diuruskan dengan baik, anda perlulah mempraktikkan beberapa tabiat pengurusan kasut yang baik. Ia tidak hanya membuatkan ruang kasut di rumah lebih kemas, malah juga menjadikan kasut tahan lebih lama serta mudah untuk mencari dan memilih kasut untuk sesuatu gaya.

Berikut ialah beberapa petua terbaik tentang cara menyusun kasut yang boleh anda praktikkan:

Tingkatkan Keterlihatan

Pertama, anda disarankan untuk menyimpan kasut yang paling kerap anda pakai di rak terbuka.

Selain itu, anda juga dicadangkan untuk menetapkan baris atau bahagian untuk setiap ahli keluarga supaya semua orang di rumah tahu dengan tepat di mana untuk mencari kasut kegemaran mereka. 

Dan seterusnya, tambah sedikit hiasan dan cipta paparan yang menarik sama ada pasu bunga dan karya seni berbingkai.


Gunakan Ruang Menegak

Manfaatkan slot kosong di dalam almari sama atau jika anda tidak mempunyai ruang yang besar, anda boleh memilih rak atau tempat letak kasut yang disusun menegak.

Tidak dinafikan, jika ia disusun tinggi dan menegak, ia akan menyukarkan proses mengambil dan meletak kasut. Jadinya, tetapkan kedudukan kasut yang paling jarang dipakai sehingga yang paling kerap dipakai. Setelah semua slot diisi, gunakan peraturan satu masuk, satu keluar sebelum anda membeli kasut baharu.


Ruang Pengudaraan Untuk Kasut Kulit

Selain itu, untuk kasut mahal atau kasut eksklusif yang anda miliki, mungkin boleh asingkannya dan paparkannya di dalam rak yang lebih menarik seperti rak kaca dan sebagainya.

Tambahan, jika anda mempunyai kasut kulit, pastikan anda menyediakan ruang pengudaraan yang membolehkan ia bernafas supaya ia tidak berkulat sehingga menjejaskan kualiti kulit. 

Elakkan juga daripada menindih atau meletakkan kasut di atas kasut yang lain kerana ia boleh menyebabkan kasut di bahagian bawah lebih kotor serta akan merosakkan bentuk asal kasut.


Maksimakan Ruang Dalam Rak

Letakkan kasut dari hujung kaki ke tumit untuk memaksimumkan ruang. Jika anda bercadang untuk menyimpan kasut untuk seketika, pertimbangkan untuk membersihkannya sebelum menyimpannya dan mengisinya dengan kotak atau balutnya dengan kertas tisu putih tanpa asid supaya ia dapat mengekalkan bentuknya.

Cegah Lantai Kotor

Hentikan kotoran di jejaknya atau membersihkan dahulu tapak kasut sebelum masuk ke dalam rumah.

Anda boleh meletakkan sama ada alas getak atau karpet yang boleh membantu anda menghilangkan pasir dan kotoran daripada terkena lantai. Jika anda tidak membersihkannya terlebih dahulu, ia akan mencalarkan lantai sekaligus menjadikannya lebih buruk.