Mewujudkan dapur yang bersih dan selamat adalah langkah penting untuk rumah yang sihat. Rumah yang bersih akan membantu mengurangkan risiko daripada terdedah kepada bahan pencemar seperti bakteria dan alergen, seperti hama serta habuk. Malah, rumah yang bersih juga kurang menarik perhatian tikus dan perosak lain.


Seperti yang anda tahu, bakteria atau kuman ada di mana-mana sahaja termasuk dapur anda.

Ya benar, dapur adalah sarang kepada kebanyakan bakteria dan juga haiwan perosak. Hal ini kerana, ia merupakan tempat makanan disimpan, disediakan dan dimakan. Bukan sekadar di kawasan yang kotor, bakteria juga boleh berada pada peralatan dapur, kaunter dapur, lantai, sinki dan juga suis lampu dapur anda.

Oleh itu, adalah penting untuk mengambil langkah yang proaktif untuk membersihkan dapur tidak kira sama ada sebelum, semasa, dan selepas menyediakan dan memakan makanan anda untuk memastikan anda dan keluarga anda selamat daripada keracunan makanan.

Mengapa Perlu Bersihkan Najis Unggas Dan Cicak?

Tidak hanya cicak dan unggas, kebanyakan serangga dan reptilia biasanya  mempunyai potensi untuk menyebarkan penyakit zoonosis.

Penyakit ini boleh disebarkan oleh bakteria, kulat, virus atau parasit yang memasuki mulut dan ia juga boleh merebak melalui udara, atau hinggap pada kulit.

Bayi, kanak-kanak kecil, wanita hamil dan orang kurang upaya atau warga emas lebih berisiko dijangkiti dan harus lebih berhati-hati apabila bersentuhan dengan reptilia atau habitatnya.


Oleh itu, anda perlu ambil perhatian bahawa kebersihan di dapur adalah cara paling berkesan untuk mencegah penyebaran penyakit. Mencuci tangan secara menyeluruh dengan sabun dan air selepas memegang peralatan yang dibiar lama adalah penting.

Selain itu, ramai pakar mengesyorkan agar rumah perlu kerap diselenggara untuk meminimumkan risiko jangkitan zoonosis seperti Salmonella, Botulisma yang boleh menyebabkan kematian dan lumpuh, Campylobacteriosis dan Leptospirosis.

Kepentingan Menyediakan Makanan Dan Minuman Di Kawasan Yang Bersih

Pembersihan merangkumi kedua-dua permukaan atau persekitaran dapur berserta juga diri anda.

Sebagai contoh, jika makanan atau minuman anda tertumpah di dalam peti sejuk atau makanan dibiarkan reput di dalam laci, ini boleh menyebabkan kehadiran bakteria termasuk E. coli atau salmonella.

Mengurangkan Kesan Kepada Kesihatan

Di samping itu, membasuh pinggan mangkuk anda adalah tugas yang penting, bukan hanya kerana pinggan mangkuk yang kotor membawa kepada pembentukan lalat dan bakteria jahat, tetapi kerana pinggan mangkuk yang kotor boleh menyebabkan pelbagai risiko kesihatan.

Di dalam kes tidak membasuh pinggan, sekiranya anda menyediakan telur dadar untuk sarapan pagi dan hanya membilas mangkuk tanpa menggunakan sabun, bakteria telur itu berkemungkinan kekal di dalam mangkuk. Orang yang seterusnya yang menggunakan mangkuk itu boleh mendapati diri mereka sakit dengan pencemaran silang dan ini boleh menyebabkan keracunan makanan dan masalah pencernaan yang ringan hingga teruk.


Memberikan Sistem Pengudaraan Yang Selamat

Untuk penyakit yang berkaitan dengan pengudaraan pula, pastikan anda kerap menukar penapis anda kerana jika ia tidak berfungsi dengan baik atau cekap seperti dahulu, ia berkemungkinan besar akan mengakibatkan anda semakin kerap sakit.

Ia amatlah penting jika dapur anda menggunakan karpet kerana ia boleh memerangkap habuk, hama, bakteria, bulu haiwan peliharaan dan banyak alergen lain. Oleh itu, adalah penting untuk mengosongkan makanan dan minuman di atas meja dengan cepat atau jadikan menutup makanan sebagai tabiat sekiranya anda ingin meninggalkannya sebentar.

Mengurus Tabiat Pemakanan

Seterusnya, dapur yang tidak kemas boleh merosakkan tabiat makan anda. Banyak kajian berpendapat bahawa tekanan mempunyai kaitan langsung dengan penambahan berat badan. Ini sering berlaku kerana otak kita menggunakan makanan sebagai mekanisme mengatasi. Sekiranya badan anda mengalami tekanan, selera makan anda mungkin meningkat, manakala metabolisme anda akan menjadi perlahan.

Bagaimana Untuk Mengelakkan Risiko Buruk Ke Atas Kesihatan?

Apa yang penting, ingatlah untuk mencuci sayur-sayuran dan buah-buahan anda sebelum menyimpannya. Tidak hanya itu, udang, ikan, sotong, daging dan ayam juga perlu dibersihkan sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Jangan lupa untuk membersihkan peti sejuk anda dengan teliti sekurang-kurangnya sekali setiap dua atau tiga bulan.

Anda juga digalakkan untuk menyusun makanan anda secara konsisten mengikut kategori yang dikhususkan mengikut tempat yang dicadangkan seperti susu harus diletakkan di bahagian paling sejuk peti sejuk anda, kerana apabila anda meletakkannya di pintu, ia boleh menyebabkannya rosak.

Selain itu, cari model peti sejuk khusus untuk mendapatkan panduan tentang tempat menyimpan makanan. Ini akan membantu anda menjimatkan wang dengan menyimpan item anda secara optimum untuk jangka hayat yang paling lama.


Satu lagi petua yang baik ialah ingat untuk menukar span anda dengan kerap kerana ini memerangkap bakteria apabila digunakan untuk jangka masa yang lama.

Jadi, pentingkah memastikan dapur anda sentiasa bersih? Jawapannya, sangat penting kerana dapur adalah kawasan yang lembap. Oleh kerana ia adalah kawasan lembap, kelembapan boleh menyebabkan kulat dan cendawan terbentuk di dinding dan lantai. Sinki yang tidak bersih juga boleh menyebabkan pembentukan bakterian, cirit-birit dan alahan lain.