Tahukah anda bahawa, bagi satu akaun TNG eWallet boleh mendaftar lebih dari satu tag TNG RFID, sekiranya anda mempunyai kenderaan lebih dari satu?
Anda hanya perlu mendapatkan TNG RFID Tag di laman rasmi Touch ‘N Go atau membelinya melalui kedai atas-talian Shopee bagi setiap satu kenderaan yang dijual pada harga RM35.
Apa Itu TNG RFID?
TNG RFID ialah sistem pembayaran tol elektronik baharu yang menggunakan Tag TNG RFID sewaktu melakukan pembayaran tol.
Tag TNG RFID mempunyai cip frekuensi radio yang terbina dan dilekatkan sama ada pada cermin depan atau lampu depan kenderaan. Hanya satu tag boleh didaftarkan dan dipasang pada satu kenderaan.
Semasa kenderaan melalui lorong tol MyRFID, pengimbas akan membaca dan mengimbas tag TNG RFID yang telah didaftarkan dan disambungkan pada akaun TNG eWallet.
Bagaimana Mendaftar Lebih Dari Satu TNG RFID?
Bagi setiap tag TNG RFID, anda perlu mengaktifkannya pada akan TNG eWallet yang telah berdaftar.
Untuk mengaktifkan tag TNG RFID:
- Lengkapkan maklumat peribadi anda yang merangkumi informasi seperti nama, kad pengenalan, nombor telefon dan juga alamat.
- Kemudian, masukkan nombor plat kereta.
- Setelah mengesahkan pemilikan kereta, anda perlu mengisi maklumat asas mengenai kenderaan anda termasuk jenis kereta, model kenderaan, tarikh pengeluaran dan negara yang didaftar.
- Seterusnya, masukkan nombor tag RFID yang tertera pada kad RFID yang telah anda beli.
- Selepas anda mendaftar dan melengkapkan kesemua maklumat, sistem akan memaparkan bahawa tag TNG RFID anda telahpun diaktifkan.
Cara Memasang Tag TNG RFID Pada Kenderaan
- Bersihkan permukaan cermin depan atau lampu depan.
- Tanggalkan tag RFID TNG pada kad biru. Anda hanya perlu pasang bahagian atas pelekat pada kenderaan.
- Lekatkan pada bahagian luar cermin depan kiri atas atau lampu depan kiri.
- Pastikan anda tidak membuka atau mencabut pelekat tag yang telahpun dilekatkan pada cermin atau lampu kerana ia akan merosakkan dan menjadikan tag tersebut tidak boleh digunakan dengan baik.