Bagi yang tidak mengetahui, Nasi Daun Pisang adalah menu atau hidangan popular yang sebenarnya berasal dari India Selatan, di Negeri Tamil Nadu, Kerala.
Nasi Daun Pisang ini kemudiannya diperluaskan dan mula diperkenalkan di Malaysia semasa zaman penjajahan British sekitar tahun 1880-an. Pada waktu itu, masyarakat India Selatan mula berhijrah ke beberapa negara termasuk Singapura yang kini antara kawasan yang mempunyai diaspora etnik India Selatan yang agak besar.
Selain itu, Nasi Daun Pisang juga sangat terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya pada waktu tengahari kerana ia merangkumi satu set makanan yang lengkap dan lazat. Dalam hidangan daun pisang, anda akan menikmati sama ada nasi putih atau nasi goreng yang dihidangkan di atas daun pisang dengan pelbagai jenis sayur-sayuran, jeruk, appalam dan lauk lain. yang biasanya masam, masin atau pedas.
Untuk mencubanya, pihak Tourism Selangor telah menyenaraikan lokasi di sekitar Negeri Selangor bagi anda mendapatkan sajian nasi daun pisang yang enak dan lazat.
Yap Kee Banana Leaf, Klang
Yak Kee Banana Leaf adalah satu restoran yang menawarkan sajian nasi daun pisang yang menjadi pilihan kebanyakan pelancong dan juga penduduk tempatan.
Restoran ini menyajikan lauk seperti ayam goreng berempah, ikan goreng, kari ayam, kari ikan, kari kambing dan juga menawarkan papadom dan sayur kubis sebagai penambah selera. Sekiranya anda mengunjungi Yap Kee Banana Leaf, jangan lupa untuk mencuba jus ambra yang akan memberikan gandingan yang mantap untuk hidangan makanan tengahari anda.
Lokasi: Google Maps

Kanna Curry House, Petaling Jaya
Sekiranya anda berada di Seksyen 17, Petaling Jaya, anda wajib untuk mencuba hidangan nasi daun pisang yang sangat menyelerakan di Kanna Curry House.
Restoran ini telah menawarkan pelbagai pilihan lauk dan hidangan yang menarik sejak tahun 1976 lagi. Seperti restoran lain, anda boleh menikmati nasi daun pisang dengan pelbagai lauk sampingan termasuk sotong goreng, kari ikan dan pelbagai lagi.
Lokasi: Google Maps

Restoran Sri Nirwana Maju, Subang Jaya
Seterusnya, anda juga boleh mencuba dan mengunjungi Restoran Sri Nirwana Maju yang terletak di USJ 9, Subang Jaya.
Restoran ini menyajikan hidangan nasi daun pisang yang unik yang mana ia menghidangkan pilihan lauk seperti peria goreng yang cukup rangup. Selain itu, restoran ini turut menghidangkan menu seperti mee goreng, nasi goreng dan banyak lagi.
Lokasi: Google Maps

Acha Curry House, Petaling Jaya
Acha Curry House merupakan sebuah restoran yang menawarkan menu nasi daun pisang yang lazat di kawasan Petaling Jaya.
Restoran ini menyajikan pelbagai jenis masakan kari yang terdiri daripada kari ayam, kari ikan masin, kari ikan dan kari ketam. Bukan itu sahaja, pelbagai jenis sayur turut dihidangkan termasuklah labu puree, acar timun, sayur taugeh dan banyak lagi.
Lokasi: Google Maps

Macha & Co, The Curve
Tidak gemar untuk bersesak di dalam restoran yang panas dan ramai orang, anda mungkin boleh mengunjungi Macha & Co di The Curve kerana ia dilengkapi dengan kemudahan penyaman udara.
Restoran ini juga menyajikan hidangan nasi daun pisang yang lazat menggunakan resipi turun-temurun. Apa yang menarik adalah, Macha & Co juga menyediakan nasi beras perang yang tentunya mengandungi lebih banyak khasiat sesuai untuk anda yang mementingkan diet yang sihat.
Lokasi: Google Maps

Berminat untuk mencuba? Mula kunjungi dan nikmati hidangan yang cukup lazat dan mengenyangkan ini di restoran-restoran yang tersenarai di atas.
Namun, adalah diingatkan kepada para pelanggan untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara seperti memastikan penjarakan sosial, memakai pelitup muka setiap masa di tempat awam dan sesak, serta menggunakan cecair pembasmi kuman secara kerap.
Anda juga boleh layari laman rasmi Tourism Selangor untuk mendapatkan inspirasi dalam merancang perjalanan anda ke Negeri Selangor, atau terus ikuti laman media sosial rasmi Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan saluran YouTube Tourism Selangor untuk mengikuti sebarang kemas-kini. #PusingSelangorDulu.