Carian
Panduan Penggunaan Seterika Wap – Ketahui Jenis Air Dan Tetapan Yang Bersesuaian
January 10, 2022 Lina Rosli

Sebelum ini Tajria telahpun berkongsi kepada anda tips pemilihan saterika wap yang merangkumi jenis dan saiz seterika yang bersesuai untuk rumah dan juga penggunaan harian anda.

Hal ini kerana, bagi sesetengah baju atau pakaian yang anda beli, ia pastinya memerlukan teknik menguruskannya dengan rapi agar tidak rosak selain menjadikan jangka hayat fabrik lebih tahan lama.

Jadi untuk berkongsi lebih lanjut tentang saterika wap, terdapat beberapa hal yang perlu anda ketahui serta panduan penggunaannya bagi memudahkan dan melancarkan aktiviti menggosok dan mengurus baju.


Panduan Penggunaan Seterika Wap

Berikut adalah beberapa soalan yang sering ditanya dan menjadi persoalan bagi kebanyakan individu:

Perlukah anda menggunakan papan gosok yang tersendiri untuk menggunakan seterika wap?

Tidak semestinya. Namun, apa yang penting adalah anda menggunakan papan gosok yang boleh laras mengikut ketinggian anda.

Selain itu, ia juga haruslah  stabil dan teguh supaya anda supaya ia boleh meletakkan perkakas menyeterika di atasnya tanpa bimbang seterika akan terjatuh sehingga menyebabkan kecederaan.

Bukan itu sahaja, papan gosok juga hendaklah berlubang untuk membolehkan wap melepasi gentian fabrik untuk melembutkannya dan memudahkan penyeterikaan.


Apakah tetapan yang sesuai ketika menggunakan seterika wap? 

Perkara paling kritikal yang perlu anda ketahui semasa menggosok dan menyeterika pakaian atau linen ialah tetapan suhu yang betul untuk fabrik yang berbeza.

Memilih tetapan yang betul pada seterika boleh membuat perbezaan yang besar pada pakaian anda sekaligus turut menjadikan aktiviti tersebut kini lebih mudah, lebih cepat dan memberikan hasil yang lebih profesional.

Suhu yang salah boleh bermakna anda perlu melakukan lebih banyak kerja untuk menghilangkan kedutan atau lebih teruk lagi akan mengakibatkan baju kelihatan kesan kebakaran dan berlubang.


  • Nylon – Tetapan suhu 1, kerana ia mudah terbakar
  • Poliester – Tetapan suhu 3
  • Satin – Tetapan suhu 3, elakkan dari menggunakan wap yang boleh meninggalkan tera air pada kain.
  • Sutera – Tetapan suhu 3
  • Campuran Sintetik – Tetapan suhu 3
  • Velvet – Tetapan suhu 3, namun adalah lebih baik untuk tidak menyeterika kerana ia akan merosakkan baldu
  • Linen – Tetapan suhu 5
  • Kapas jenis ringan – Tetapan suhu 5
  • Kapas jenis berat – Tetapan suhu 7
Ketahui jenis air yang patut anda gunakan?

Perkakas anda direka untuk beroperasi menggunakan air paip yang tidak dirawat. Walau bagaimanapun, adalah perlu untuk membersihkan ruang stim secara berkala untuk mengeluarkan sebarang mendapan mineral.

Elakkan daripada menggunakan:

  • air suling tulen
  • air daripada pengering pakaian
  • air wangi
  • air hujan
  • air yang ditapis 
  • air masak 
  • air bateri

Jenis air ini mengandungi sisa organik, unsur mineral yang menjadi pekat apabila dipanaskan dan menyebabkan ia mengeluarkan mendapan seakan karat, air menjadi warna coklat selain turut boleh merosakkan binaan besi pada seterika anda.

Terdapat beberapa jenis pelembut yang sesuai digunakan dalam saterika wap. Namun, sesetengah pelembut terutamanya yang menggunakan bahan kimia seperti garam boleh menyebabkan kesan putih atau coklat yang biasanya berlaku pada jag penapis.

Jika anda mengalami masalah seperti ini, kami cadangkan anda cuba menggunakan air paip atau air botol yang tidak dirawat.


Bagaimana Boleh Anda Mengelakkan Tanda Berkilat Pada Fabrik Ketika Menggosok?

Tanda berkilat boleh muncul pada sesetengah fabrik, terutamanya pada fabrik berwarna gelap. Oleh itu, anda dinasihati menyeterika pakaian gelap secara terbalik atau mengosok bahagian dalam pakaian serta menggunakan suhu saterika yang betul.

Sementara, jika anda menyeterika fabrik gentian campuran, tetapkan suhu untuk gentian yang paling minima bagi mengelakkan ia rosak dan menjadi keras.

Akhir sekali, seterika mengambil masa lebih lama untuk menjadikannya sejuk berbanding menjadikannya panas. Oleh itu, Tajria mengesyorkan anda memulakan aktiviti menggosok fabrik yang memerlukan penggunaan suhu rendah dahulu seperti tudung, blaus dan sebagainya sebelum mula menyeterika seluar dan jaket yang lebih tebal.

Komen