Menerusi ciapan KFC Malaysia di Twitter, jenama makanan segera ini mengatakan bahawa mereka tidak menyediakan hidangan coleslaw di beberapa cawangan di Langkawi, Sabah dan juga Sarawak.

KFC Malaysia menyatakan bahawa tindakan mengehadkan penawaran hidangan coleslaw berlaku disebabkan oleh akses bekalan bahan mentah. Disebabkan masalah logistik ini, ia secara tidak langsung akan memberi kesan kepada kesegaran sayur-sayuran yang ingin dipasarkan di setiap cawangan.


Tambahan kepada isu ini, lokasi di ketiga-tiga negeri tersebut yang tidak menentu telah menyukarkan mereka untuk membekalkan produk-produk di kawasan tertentu di samping menjaga kualiti hidangan mengikut piawaian yang ditetapkan.


Untuk pengetahuan anda, bagi memastikan pelanggan KFC menerima hidangan yang berkualiti dan memberikan pengalaman yang baik sepanjang pembelian, KFC telahpun menggantikan hidangan coleslaw tersebut kepada pilihan lain seperti kentang goreng atau jagung.

Sumber: Twitter I Love Borneo