Carian
Ketahui Bahaya Penyakit Bawaan Air – Alpro Pharmacy, DOC2US Perkenalkan Program Penjagaan Perubatan Penyakit Kronik
January 11, 2022 Lina Rosli

Susulan isu banjir terburuk yang pernah direkodkan dalam
sejarah negara, rangkaian farmasi terbesar di Malaysia, Alpro Pharmacy dan penyedia perubatan atas-talian, DOC2US, telah bekerjasama untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit bawaan banjir.

Usai banjir, semestinya proses pemulihan giat dijalankan. Sebagai sebuah komuniti
farmasi, Alpro ingin menekankan bahawa sanitasi dan kebersihan perlu dijaga lebih-lebih lagi di kawasan banjir kerana ia berkemungkinan besar boleh menyebabkan penyakit bawaan banjir seperti Leptospirosis, Taun dan Denggi.


Apa Itu Leptospirosis?

Leptospirosis adalah sejenis penyakit yang biasanya merebak melalui sentuhan dengan air atau tanah yang tercemar oleh air kencing haiwan yang
telah dijangkiti.

Untuk individu yang telah dijangkiti, tempoh inkubasi boleh mengambil masa 2 hingga 10 hari. Antara gejala yang akan dialami pada fasa awal jangkitan termasuklah:

  • demam
  • menggigil
  • sakit kepala
  • sakit otot
  • muntah 
  • cirit-birit

Jadinya, jika anda terlibat dalam membersihkan dan melakukan aktiviti di kawasan yang berisiko
tinggi, anda digalakkan untuk mengurangkan risiko dengan memakai but, cermin mata dan sarung tangan untuk melindungi diri dan kulit daripada dijangkiti.


Apa Itu Taun?

Penyakit Taun atau lebih dikenali sebagai Cholera berjangkit melalui makanan atau air minuman yang telah tercemar
dengan bakteria Vibrio Cholerae.

Kesan yang ketara sekiranya anda mengalami penyakit ini adalah cirit-birit yang teruk, dehidrasi dan juga kematian dalam masa
beberapa jam jika tidak dirawat.

Untuk mengelakkan jangkitan taun, anda boleh mengambil air dan makanan yang telah
dimasak dengan sempurna.

Apa Itu Denggi?

Denggi adalah jangkitan virus yang disebabkan oleh virus denggi yang biasanya boleh menular melalui gigitan nyamuk Aedes
aegypti.

Virus denggi boleh membawa selesema yang teruk, kadangkala menyebabkan komplikasi yang boleh membawa
maut yang dipanggil ‘Severe Dengue’. Masalah ini boleh berlaku akibat daripada peningkatan kolam air di sekitar kawasan banjir sekaligus menyebabkan kes denggi mula meningkat.

Antara simptom umum denggi termasuklah demam, sakit kepala, cirit-birit, sakit otot, dan muntah. Sekiranya ada simptom sedemikian, anda disarankan untuk kunjungi klinik dan hospital berhampiran anda dengan segera.

Program Penjagaan Perubatan Penyakit Kronik

Bagi membantu mangsa banjir yang
memerlukan ubat-ubatan yang bersesuaian, Alpro dan DOC2US memperkenalkan Program Penjagaan Perubatan Penyakit Kronik.

Melalui program ini, Alpro Pharmacy akan menyediakan bekalan ubat kronik sekali sahaja kepada komuniti yang terjejas akibat bencana alam
sehingga 7 hari secara percuma.


Pengguna yang terjejas boleh mengunjungi mana-mana 165 cawangan Alpro Pharmacy di
Malaysia untuk maklumat lanjut.

Apa yang perlu anda lakukan adalah menyediakan salinan laporan polis mengenai banjir untuk tujuan pengesahan. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan konsultasi percuma dan preskripsi digital mereka dengan DOC2US
pada masa yang sama.

Inisiatif Program Penjagaan Perubatan Penyakit Kronik adalah sebahagian daripada komitmen Alpro dan DOC2US untuk
menyediakan sokongan penjagaan kesihatan kepada komuniti yang terjejas akibat bencana alam.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang inisiatif, kunjungi ke Alpro Pharmacy terdekat, atau hubungi talian Khidmat Pelanggan Alpro Pharmacy di 019-6129006 atau WhatsApp efarmasi di 019-7021923.

Komen