Baru-baru ini, UNIQLO telahpun hadir dengan inisiatif dan juga program yang memfokuskan peralihan ke arah lestari menjelang tahun 2030.

Ia termasuk menggalakkan pengeluaran pakaian yang menggunakan fabrik kitar semula bagi mengurangkan jejak karbon serta pembaziran pakaian sedia ada yang sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada alam sekitar.

Bukan itu sahaja, dalam inisiatif lain oleh UNIQLO juga, mereka turut hadir dengan pelan bantuan banjir kepada individu yang terkesan serta pelan bantuan komuniti menerusi kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan dan bukan berkeuntungan (NGO & NPO).


Bagi menjayakan program RE:UNIQLO, pengguna dan pelanggan boleh mengambil bahagian dengan mendermakan pakaian yang tidak lagi digunakan kepada UNIQLO untuk diproses sama ada diagihkan kepada golongan yang memerlukan ataupun mencipta semula pakaian baharu yang mesra alam.

Berikut adalah soalan lazim yang perlu anda ketahui sekiranya berminat untuk menderma dan mengitar semula pakaian terpakai di UNIQLO:

Di mana saya boleh mendermakan pakaian saya di UNIQLO? Adakah ia terhad di semua kedai UNIQLO atau yang khusus sahaja?

Untuk menderma pakaian terpakai, UNIQLO ada menyediakan kotak koleksi pakaian yang terletak di semua kedai yang mana pelanggan bebas untuk meletakkan pakaian mereka pada bila-bila masa.

Adakah sumbangan pakaian hanya menyokong UNHCR? Bagaimana sumbangan untuk mangsa banjir di Malaysia?

UNIQLO aktif dalam memberi sumbangan pakaian kepada orang yang memerlukan, daripada pelbagai golongan seperti pelarian, masyarakat kurang berkemampuan (kumpulan B40), rumah kebajikan, gelandangan, orang asli dan mangsa banjir juga.

Dengan kerjasama dengan beberapa rakan kongsi NGO di seluruh Malaysia, UNIQLO akan mengenal pasti mereka yang memerlukan sokongan pakaian dan akan memberikan bantuan kepadanya.


Adakah UNIQLO menerima pakaian jenama lain untuk dikitar semula?

UNIQLO menggalakkan orang ramai untuk menderma pakaian dari jenama kerana mereka sudah mengenali kualiti dan ciri produk yang dikeluarkan sekaligus memudahkan operasi menghantarnya kepada mereka yang memerlukan berdasarkan fungsi khusus produk tersebut.

Selain itu UNIQLO hadir dengan konsep pakaian LifeWear yang mana ia mempunyai reka bentuk abadi yang dibuat untuk semua selain mampu memenuhi keperluan pelbagai penerima.

Walau bagaimanapun, UNIQLO memahami bahawa tidak semua mempunyai produk dari UNIQLO. Malangnya, terdapat segelintir pakaian tidak berada dalam keadaan baik, dan sesuai untuk dikitar semula. Oleh itu, UNIQLO kini hanya tertumpu pada pakaian dari jenama mereka sahaja.


Adakah program kitar semula UNIQLO turut memberi insentif kepada penderma untuk menggalakkan lagi aktiviti tersebut?

Jawapannya tidak.

UNIQLO tidak menyediakan apa-apa ganjaran seperti baucar sebagai balasan untuk sumbangan pakaian kerana inisiatif ini direka untuk menggalakkan semua orang menderma pakaian pra-kesayangan mereka dengan ikhlas kepada orang yang memerlukan dan memanjangkan nilai pakaian.

Walau bagaimanapun, UNIQLO akan memberikan barangan baharu sebagai balasan untuk sumbangan pelanggan untuk kempen sekali-sekala.

Adakah UNIQLO akan mengurangkan pengeluaran pakaiannya untuk mengurangkan atau menghapuskan stok yang tidak terjual?

Pakaian yang UNIQLO hasilkan adalah berdasarkan keperluan berterusan pelanggan, dan mereka tidak memusnahkan atau membuang inventori yang tidak terjual. UNIQLO juga mengambil langkah seperti membersihkan stok melalui penurunan harga atau membawa produk ke musim seterusnya.

Pakaian yang dikitar semula kebanyakannya adalah pakaian yang disumbangkan oleh pelanggan dan sisa kain hasil pengubahan seluar.