Langkah pertama dalam memilih bedak asas adalah memahami dan mengenali warna kulit anda.
Hal ini kerana, setiap produk ini akan memberi kesan yang berbeza pada kulit anda. Jadinya, jika memilih bedak asas pastikan ia bersesuaian dengan kulit anda supaya ia tidak kelihatan janggal sekaligus menghasilkan imej kulit yang tidak sesuai dengan warna kulit asal.

Mulakan dengan mengetahui sama ada jenis tona kulit anda adalah warna neutral, warm atau cool.
Tona kulit warm biasanya adalah variasi warna peach hingga kuning dan keemasan. Sebilangan orang dengan nada warm juga mempunyai kulit yang mungkin tipis sehingga menampakkan warna darah. Sekiranya anda mempunyai nada neutral atau warna cool, ini bermaksud bahawa warna nada anda hampir sama dengan warna kulit anda yang sebenar.
Jika keliru, anda boleh menggunakan teknik mudah yang memudahkan anda menentukan warna kulit sekaligus memilih warna bedak asas yang paling tepat untuk kegunaan harian.
Jawab Soalan Kuiz Fenty Beauty
Untuk pengetahuan anda, Fenty Beauty telahpun memperkenalkan ciri Find My Shade yang memerlukan anda menjawab beberapa soalan yang berkaitan seperti:
- Warna barang perhiasan yang bersesuaian
- Reaksi kulit ke atas cahaya matahari sama ada mudah terbakar atau jarang terbakar
- Warna urat yang kelihatan pada bawah kulit
Selepas anda menjawab soalan-soalan tersebut, ciri ini akan mencadangkan kepada anda pilihan bedak asas yang bersesuaian untuk anda cuba. Fenty Beauty juga akan menjelaskan kepada anda warna kulit anda yang sebenar sama ada ia berada dalam kategori Light, Light Medium, Medium dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, ia turut menampiljan warna undertones anda sama ada ia adalah warm, cool pink, warm olive, neutral dan banyak lagi.
Mudah bukan? Jika anda berminat untuk mencuba, layari laman rasmi Fenty Beauty bermula hari ini dan ketahui warna kulit anda untuk lebih mudah mencari barangan solekan yang anda gemari.
Layari: Fenty Beauty Shade Finder