Dalam misi untuk mengubah ekosistem kecergasan Malaysia, Chang Yi Hern, seorang usahawan kecergasan tempatan kini mula mengambil-alih jenama pakaian sukan tempatan Ultron Sportswear.

Melaluinya, Chang menyasarkan untuk menyediakan akses kepada ekosistem kecergasan yang lebih besar dan lebih mudah menerusi penawaran koleksi pakaian dan peralatan larian yang selesa dan berbaloi.

Selari dengan trend fesyen yang dijangka berkembang sekitar 6.7% sejak 2019 sehingga 2026, permintaan untuk pakaian sukan turut mendapat sambutan yang tinggi.


Menggabungkan kefungsian dan reka bentuk minimalis yang anggun, sukan telah membawa kepada kebangkitan semula fesyen pakaian sukan, melengkapkan gaya hidup bertema kecergasan baharu.

Selain itu, dengan COVID-19 menyebabkan ramai yang memilih pengaturan kerja dari rumah, kini terdapat lebih banyak peluang dan lebih fleksibiliti untuk memasukkan kecergasan ke dalam rutin harian.

Oleh itu, Ultron Sportswear hadir dengan penawaran pakaian sukan uniseks yang berkualiti dan diperbuat daripada fabrik Microdry dengan berat purata sekitar 75g setiap baju yang menjadikannya baju larian paling ringan di Malaysia.

Bukan sekadar itu, Ultron turut menyediakan pilihan pakaian sukan untuk muslimah yang juga dieksport ke lebih daripada 12 negara di seluruh ASEAN dan rantau Timur Tengah termasuk tudung sukan, pakaian sukan Muslimah dan stokin tangan sukan. Jenama itu juga membekalkan t-shirt ke walkathon tahunan Nestle Walk a Million Miles pada tahun 2021. 

Untuk mengetahui maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Ultron bermula hari ini.