QSR Trading Sdn Bhd kini memperkenalkan produk terbaharu HACO SUISS ‘Culinary Dry Mix’ yang dikeluarkan oleh HACO
Asia Pacific Sdn. Bhd.
HACO SUISS ‘Culinary Dry Mix’ ialah satu inovasi yang dihasilkan untuk meningkatkan
keseronokan memasak di rumah dengan cara yang mudah, fleksibel dan pelbagai guna.

Untuk pengetahuan anda, HACO SUISS merupakan pengeluar makanan premium terkemuka di Switzerland, sejak 1922 telah menghasilkan ‘Culinary Dry Mix’, sejenis stok masakan yang terdapat dalam tiga perisa, iaitu Stok Ayam, Stok Berperisa Daging Lembu dan Sup Udang Karang.

Menariknya mengenai Stok Masakan HACO SUISS, ia diperbuat sepenuhnya daripada bahan-bahan asas yang segar dan berkualiti sekaligus menjadikannya antara stok masakan yang tidak mengandungi bahan-bahan seperti serbuk penambah rasa (MSG), lemak trans, pengawet tambahan serta
pewarna tiruan.

Bagi yang ingin memasak, tetapi tidak gemar untuk menyediakan bahan-bahan masakan, maka HACO SUISS ‘Culinary Dry Mix’ adalah pilihan yang terbaik kerana ia mudah untuk digunakan d idalam masakan dan mempunyai kesesuaian untuk pelbagai olahan hidangan.
Disebabkan pengguna di rantau Asia Pasifik mempunyai citarasa yang luas dalam penyediaan makanan, ia telah menjadikan permintaan untuk produk seperti ini dilihat meningkat. Ia berkemungkinan besar membantu para ibu mendapat inspirasi untuk menghasilkan resipi dan masakan setanding chef.
Untuk yang ingin mendapatkannya, harga jualan bagi Stok Ayam HACO SUISS 100g ialah RM5.90 sebungkus, sementara harga
bagi Stok Berperisa Daging Lembu HACO SUISS 80g dan Sup Udang Karang HACO SUISS 60g,
masing-masing berharga RM6.30 sebungkus.
Anda boleh mendapatkan kesemua produk HACO SUISS ‘Culinary Dry Mix’ di pasaraya-pasaraya besar atau
sederhana, dan melalui platform atas talian, Shopee dan Lazada mulai hari ini.