Carian
Kajian Menyatakan Ibu Yang Menyusukan Anak Kurang Risiko Alami Serangan Jantung Dan Strok
January 12, 2022 Lina Rosli

Tahukah anda, ibu yang menyusukan anak mempunyai peluang yang tipis untuk diserang strok dan mengalami penyakit jantung?

Menurut jurnal yang dikeluarkan oleh Persatuan Jantung Amerika, ia melaporkan hampir 1.2 juta wanita daripada lapan kajian yang dijalankan antara 1986 dan 2009 di Australia, China, Norway, Jepun dan Amerika Syarikat mempunyai memperoleh faedah kesihatan sepanjang tempoh menyusukan anak.

Bukan itu sahaja, Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit turut mengesyorkan para ibu untuk menyusukan bayi sekurang-kurangnya sepanjang tempoh enam bulan pertama.


Dengan ini, ia menunjukkan penyusuan susu ibu boleh memberi manfaat kepada daya tahan kardiovaskular ibu. Ia juga dikaitkan bahawa para ibu akan mengalami risiko yang lebih rendah untuk kanser payudara dan ovari serta diabetes Jenis 2.

Untuk pengetahuan anda, ibu yang menyusukan bayi adalah 11% kurang berkemungkinan mendapat penyakit kardiovaskular berbanding mereka yang tidak pernah menyusu. Sepanjang tempoh susulan purata 10 tahun, ibu yang menyusukan bayi juga dilihat 14% kurang berisiko mengalami penyakit jantung, 12% kurang berisiko mendapat strok dan 17% lebih rendah untuk mati akibat penyakit kardiovaskular.


Mengapa Pakar Mengesyorkan Penyusuan Ibu Sepanjang Tempoh Awal Kelahiran Bayi?

Susu ibu membekalkan nutrisi yang ideal untuk bayi. Ia mengandungi pelbagai nutrien yang menggabungkan kesemua vitamin, protein dan lemak yang diperlukan bayi untuk membesar.

Malah, untuk susu ibu juga, kesemua nutrien ini disediakan dalam bentuk yang lebih mudah dihadam jika dibandingkan dengan susu formula bayi. Selain itu, penyusuan susu ibu turut mengurangkan risiko bayi mengalami asma atau alahan serta menghasilkan antibodi yang membantu bayi melawan virus dan bakteria.

Sementara untuk ibu pula, kelebihan menyusukan bayi dari segi kesihatan adalah hormon oksitosin yang dikeluarkan semasa menyusu. Ia bertindak mengembalikan rahim kepada saiz biasa dengan lebih cepat dan boleh mengurangkan pendarahan selepas bersalin.

Sumber: AHA Journal Heart Healthy Children

Komen