Carian
Ingin Cipta Kandungan Di TikTok Untuk Ramadan Ini? Ketahui Topik Dan Tempoh Yang Sesuai Untuk Kongsi Video
January 13, 2022 Lina Rosli

Sekiranya anda baru ingin bermula melakukan perkongsian kandungan di laman media sosial TikTok, terdapat beberapa tips yang boleh anda praktikkan dalam mendapatkan sambutan yang baik daripada pengguna selain turut menawarkan informasi yang mungkin diperlukan oleh orang ramai.

Oleh itu, Tajria hari ini ingin berkongsi kepada anda perkara penting yang perlu anda ketahui sebelum melakukan perkongsian kandungan.

Ini Adalah 4 Topik Video TikTok Yang Boleh Anda Kongsikan Bersama Pengguna

Seperti yang anda sedia maklum, TikTok merupakan aplikasi video pendek yang membawakan pengisian dan informasi dalam bentuk mudah dan kreatif.

Menerusi aplikasi ini, pengguna boleh mengakses pelbagai jenis kandungan yang dimuat-naik oleh pencipta kandungan yang merangkumi topik melibatkan gaya hidup, fesyen, tips dan bermacam-macam lagi.

Jadinya, untuk anda yang berminat untuk mencuba melakukan perkongsian kandungan sama ada untuk harian ataupun sewaktu Ramadan 2022 kelak, berikut adalah topik yang mungkin boleh anda cuba.


Makanan Dan Minuman

Menampilkan dan mempamerkan kemahiran memasak menerusi tagar seperti #resipiramadan , #resipimudah , #tipsmemasak dan sebagainya untuk mengajak lebih ramai individu mencuba resipi baru di rumah.

Kecantikan Dan Gaya

Memberi tunjuk ajar untuk individu atau pengguna untuk mengetahui tips melibatkan kecantikan seperti tutorial solekan, gaya yang sesuai untuk beriadah, solekan yang menarik untuk sesuatu acara dan sebagainya.

Anda boleh berkongsi video-video ini menggunakan tagar yang bersesuaian seperti #bajuraya , #rayaready , #style , #fashiontiktok dan banyak lagi.

Edagang Dan Runcit

Sekiranya anda seorang peminat tegar platform pembelian atas-talian seperti Shopee, Lazada atau Shein dan ingin mengajak orang ramai untuk mencubanya, maka anda boleh kongsikan kepada mereka pembelian produk yang unik dan berguna untuk dicuba.

Hal ini kerana, kira-kira 58% pengguna Tiktok melayari dan menerokai produk dan servis yang baharu untuk Ramadan. Jadinya, ini adalah peluang yang terbaik untuk anda menarik perhatian pengguna dengan berkongsikan produk yang relevan untuk mereka.


Selain itu, anda boleh kongsikan video seperti tutorial, tips atau kedai yang menawarkannya kepada orang ramai menggunakan tagar yang bersesuaian seperti #rayadirumah , #aestheticvibes , #shopeecheck atau lain-lain.

Percutian

Selain perkongsian yang melibatkan tips dan tutorial, anda juga boleh menyediakan kandungan mengenai percutian ataupun lokasi yang boleh dikunjungi oleh pengguna lain.

Hal ini kerana, berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh TikTok, 70% daripada pengguna mereka gemar menonton perkongsian video yang menceritakan pengalaman dan juga sambutan orang lain untuk sesuatu acara seperti Ramadan dan Raya.


Bilakah Waktu Yang Paling Sesuai Untuk Anda Berkongsi Kandungan Ramadan Kepada Umum?

Secara umumnya, tiada had waktu atau tempoh yang perlu anda pertimbangkan untuk berkongsi video.

Namun, jika anda menyasarkan sesuatu kempen atau sasaran pengguna dalam mendapatkan produk dan servis yang ditawarkan, maka anda boleh menggunakan tips ini sepanjang melakukan perkongsian.


  • 21% pengguna akan mendapatkan sesuatu produk atau servis sekitar 2 bulan lebih awal sebelum Ramadan
  • 25% pengguna akan mendapatkan sesuatu produk atau servis sekitar sebulan lebih awal sebelum Ramadan
  • 26% pengguna akan mendapatkan sesuatu produk atau servis sekitar 2 hingga 3 minggu ebih awal sebelum Ramadan
  • 15% pengguna akan mendapatkan sesuatu produk atau servis sekitar seminggu lebih awal sebelum Ramadan
  • 13% pengguna akan mendapatkan sesuatu produk atau servis sehari sebelum Ramadan.

Bagi yang berminat, anda boleh mula mencuba berkongsi tips dan informasti menarik menerusi perkongsian video pendek dan sebarkan kepada orang ramai. Untuk informasi lanjut, kunjungi laman web TikTok dan muat-turun aplikasi TikTok di App Store dan Google Play Store.

Komen