Conscience Gourmet baru-baru ini melancarkan lima jenama F&B baharu yang hadir dengan variasi penawaran makanan dan minuman.
Berikut adalah lima jenama baharu yang diperkenalkan iaitu:
- Baketouch Microbakery – jenama yang memfokuskan kepada pastri
- Micro Dimsum Hot Pot – jenama yang menawarkan pelbagai masakan dim sum dan hotpot halal
- Firemomo – jenama pencuci mulut istimewa yang hangat dan panas
- Gelatoto – kedai gelato berkualiti
- Nature Touch – restoran atas-talian yang memfokuskan hidangan vegan

Menurut Conscience Gourmet, antara faktor yang membuatkan mereka aktif dalam meneroka segmen baharu F&B didorong oleh peningkatan permintaan serta minat mereka sendiri dalam menyajikan variasi jenis diet sepanjang hari.
Seterusnya, menjelang April 2022, Conscience Gourmet akan membuka 8 cawangan baharu dan 50 cawangan secara keseluruhan pada tahun 2023.
Apa Yang Menarik Mengenai Baketouch Microbakery?
Conscience Gourmet’s Baketouch Microbakery menawarkan servis penghantaran pastri kepada penggemar makanan di seluruh Lembah Klang. Antara yang menarik adalah masakan sarapan pagi yang lazat seperti set roti bakar istimewa pada harga RM8.90.
Namun, setakat ini Baketouch Microbakery hanya boleh didapati di kedai fizikal di Taipan USJ Subang Jaya dan Equine Park, Seri Kembangan dengan dua lagi dibuka tahun ini di TTDI dan Eco Ardence sahaja.
Apa Yang Menarik Pada Micro Dimsum Hot Pot?
Membawa keistimewaan makanan sejuk beku mereka ke arah baharu yang menarik, Micro Dimsum Hotpot Conscience Gourmet yang diperakui halal mempersembahkan kepada pengunjung dengan pelbagai hidangan kecil yang lazat dan hidangan hot pot yang memenuhi keinginan kesemua pelanggan.
Jika berminat, Micro Dimsum kini mempunyai dua cawangan di Setia Alam dan Kajang. Rata-rata harga makanan adalah sekitar RM3 hingga RM300.

Apa Yang Menarik Pada Gelatoto & Firemomo?
Conscience Gourmet juga membawakan variasi pemanis mulut untuk penggemarnya.
Firemomo menawarkan pelbagai pencuci mulut panas seperti hidangan berasaskan coklat, praline dan juga hidangan istimewa untuk mereka yang menyukai hidangan mewah selepas makan.
Sementara itu, Gelatoto menyediakan pelanggan pilihan gelato sejuk beku premium yang bermacam-macam seperti Summer Tropical, Very Berry Strawberry dan Coffeelicious.

Gelatoto akan membuka dua cawangan di Eco Ardence dan Jade Hills Kajang manakala Firemomo masih lagi belum ditentukan lokasinya. Harga jualan di kedua-dua kedai ini boleh mencecah sehinga RM50.
Apa Yang Menarik Pada Nature Touch?
Nature Touch pula merupakan dapur atas-talian yang menawarkan hidangan berasaskan vegan.
Ia menawarkan akses kepada makanan vegan yang berkualiti disamping menyediakan platform untuk memesan makanan vegan secara digital dan dihantar terus ke depan pintu pelanggan.
Tawaran makanan Nature Touch termasuk barangan bakar, pau dan dim sum, pes dan gelato. Untuk memesan, pelanggan hanya boleh log masuk ke halaman Facebook Nature Touch yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Untuk maklumat lanjut tentang lima jenama ini, anda boleh layari www.consciencegourmet.com bermula hari ini.