UNIQLO Malaysia kini melebarkan sayapnya dengan mula membuka cawangan pertama mereka di KTCC Mall di Kuala Terengganu.
Bersempena pembukaan kedai pertamanya di negeri ini, UNIQLO memperluaskan usaha kelestariannya untuk melindungi habitat marin pantai timur melalui inisiatif mengurangkan plastik pencemaran.

UNIQLO Menawarkan Mesin Kitar Semula Plastik Untuk Warga Terengganu
Seperti yang anda tahu, antara isu pencemaran utama di Malaysia yang melibatkan habitat marin ialah plastik. Bagi menangani isu sisa plastik di Terengganu yang mengancam ekosistem marin, UNIQLO Malaysia menaja mesin kitar semula plastik untuk masyarakat setempat.
Masyarakat tempatan akan dilatih untuk mengendalikan mesin dan disokong untuk memulakan perniagaan sosial yang mengitar semula plastik yang dikumpul menjadi barangan berguna dengan nilai tambah seperti periuk dan lain-lain.
Mesin kitar semula plastik ini akan disimpan dan diawasi oleh pelajar Universiti Malaysia Terengganu sebagai sebahagian daripada projek yang diterajui oleh belia di bawah Fakulti Sains & Alam Sekitar Marin dan juga akan digunakan untuk mengitar semula sisa plastik dari kedai UNIQLO KTCC.
Bukan itu sahaja, pekerja UNIQLO di KTCC Mall dengan kerjasama syarikat batik terkenal Terengganu, Noor Arfa, turut mengadakan bengkel melukis baju batik untuk kanak-kanak di rumah kebajikan Terengganu. Pada acara itu juga, UNIQLO turut menyumbangkan pelitup muka AIRism kepada mereka yang terlibat.

UNIQLO Kini Dibuka Di KTCC Mall Terengganu
Bagi anda yang ingin mengunjungi kedai UNIQLO ini, ia dibuka di aras bawah KTCC Mall, iaitu G-48, G-49 dan G-49A.
Di sana, UNIQLO menawarkan pelbagai jenis pakaian LifeWear untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak, termasuk produk-produk lain yang popular seperti:
- AIRism: Rangkaian produk ini diperbuat daripada bahan inovatif dan berfungsi untuk penggunaan yang aktif seperti bersukan dan melakukan aktiviti lasak. Antar produk yang dijual termasuklah tshirt, pelitup muka, pakaian dalam, jaket, tudung dan banyak lagi.
- Koleksi teras: Koleksi ini menampilkan pilihan pakaian bekerja dan beriadah, pakaian santai dan pakaian utiliti sukan untuk lelaki dan wanita, pakaian untuk kanak-kanak dan bayi serta aksesori seperti kasut, tali pinggang dan beg.
- UT: Ia menawarkan pelbagai pakaian yang menampilkan budaya pop asli dan grafik seni dari seluruh dunia yang membolehkan pemakainya mengekspresikan keperibadian mereka.

Kunjungi UNIQLO di KTCC Mall bermula hari ini. Waktu operasi cawangan ini adalah bermula 10 pagi hingga 10 malam pada Ahad hingga Khamis. Sementara hari Jumaat pula dibuka pada jam 10 pagi hingga 12.30 tengahari dan 2.30 petang hingga 10 malam.