Sebagai sebuah jenama barangan kemas tempatan, HABIB tidak ketinggalan untuk turut bersama-sama meraikan perayaan Tahun Baru Cina bagi menghargai para pelanggan khususnya buat mereka yang meraikan sambutan istimewa ini.
Menurut kalendar Lunar, tahun 2022 merupakan tahun ‘Sang Harimau’ dan karakter ini sering dikaitkan dengan keberanian, sikap berdaya saing, yakin dan bercita-cita tinggi.

Oleh itu, bersempena tahun baru ini, HABIB menampilkan syiling wafer emas 999 edisi terhad diinspirasikan daripada ‘Harimau’, digabungkan dengan warna-warna tuah seperti merah dan emas.
HABIB juga mengeluarkan syiling wafer emas 999 istimewa Disney X HABIB Winnie The Pooh: Edisi Tahun Baru Cina yang menampilkan dua rekaan unik Winnie dan Tigger dari kartun animasi tersebut.
Koleksi Disney X HABIB Winnie The Pooh Edisi Tahun Baru Cina
Bertemakan ‘Ignite The Spark’, HABIB menampilkan pelbagai seleksi barangan kemas baharu dengan rekaan unik dan warna-warna yang meriah.
Ia membawakan rekaan diinspirasikan tanglung untuk barang kemas mereka yang diperbuat daripada emas Oro Italia 916 dan didatangkan dalam warna-warna menguntungkan seperti merah, emas, merah jambu dan hijau.

Rekaan ini juga dihiasi dengan juraian-juraian sebagai simbol yang membawa tuah dan kemakmuran. Boleh didapati dalam emas 916 dan 750, koleksi ini sangat sesuai digayakan dengan pakaian serba baharu untuk melengkapkan penampilan pada hari perayaan istimewa ini.

Bukan itu sahaja, HABIB juga tampilkan koleksi berlian yang diilhamkan daripada bunga api, yang membawa erti kebahagian dan keberkatan kepada si pemakai menurut kepercayaan kaum Cina.
Setiap barangan kemas ini dibuat dengan penuh teliti, bagi menghasilkan percikan bunga api yang sempurna, dihiasi berlian dan batu permata delima. Koleksi bunga api ini boleh didapati dalam bentuk set, untuk menyerlahkan penampilan sewaktu acara makan besar dan berkumpul bersama keluarga bagi meraikan kedatangan tahun baru.

Akhir sekali, HABIB turut menawarkan pelbagai aset emas untuk pelaburan seperti jongkong emas bermula dari 1 gram sehingga 1 kilogram, syiling wafer emas 999 dan not emas. Dapatkan segera di seluruh bilik pameran HABIB sepanjang kempen berlangsung dari kini sehingga 6 Februari 2022.