Selepas memperkenalkan siri burger terbaru mereka iaitu KFC Golden Egg Burger, KFC mula menampilkan menu untuk baharu untuk ayam goreng pula iaitu Ayam Goreng Golden Egg Crunch.
Menu ini diperkenalkan khusus untuk sambutan tahun baru Cina yang bakal tiba pada Februari 2022. Ia menampilkan ayam goreng yang disaluti dengan serbuk telur masin bersama-sama dengan rempah rahsia yang sememangnya akan menambah selera anda.

Bagi anda yang berminat, KFC Golden Egg Burger ini ini boleh didapati di menu KFC bermula hari ini. Jangan lupa untuk menebus pelbagai promosi menarik melalui pembelian di aplikasi KFC.
Ia termasuk diskaun sehingga RM28 yang berbaloi untuk anda tebus bagi setiap pembelian menu terbaru ini. Apa yang perlu anda lakukan adalah:
- Muat-turun aplikasi KFC Malaysia melalui kedai atas-talian iOS dan juga Android. Atau anda juga boleh melakukan pembelian di laman web rasmi KFC.
- Kemudian, pilih set hidangan yang anda inginkan.
- Jangan lupa untuk masukkan kod promo RIMAU8 sebelum anda melakukan pembayaran.

Untuk diskaun yang lebih besar, tonton sekarang perkongsian IG Stories di Instagram rasmi mereka iaitu @KFCMalaysia. Selepas itu, lihat kod promo yang tersembunyi dan tebusnya bermula 17 Januari sehingga 31 Januari 2022.

Anda juga boleh mendapatkan potongan harga untuk servis ambil-sendiri sebanyak RM18 untuk pembelian minimum RM20 sementara RM28 untuk pembelian minimum RM28. Tetapi ia tertakluk kepada terma dan syarat.