Lina Rosli Diterbitkan 17 January 2022

Mengapa Periuk Le Creuset Mahal?

Jenama periuk dapur Le Creuset adalah salah satu jenis alat memasak yang paling mahal di pasaran.

Mengapa ia mahal? Hal ini kerana Le Creuset menggunakan bahan berkualiti tinggi selain direka khusus untuk prestasi, ketahanan, kebolehpercayaan dan keselamatan sepanjang penggunaannya.

Dengan pengalaman dalam bidang masakan hampir 100 tahun, Le Creuset telah banyak hadir dengan reka bentuk inovatif untuk pelbagai alatan dapur yang terbukti dapat memudahkan dan melancarkan pengalaman memasak bagi setiap individu ketika berada di dapur.


Adakah Le Creuset Berbaloi Dengan Harga Yang Tinggi?

Jawapannya ya, berbaloi kerana Le Creuset diperbuat daripada besi gred premium selain hadir dengan rekaan serba boleh, ergonomik, sangat tahan lasak sekaligus menjamin hasil memasak yang sangat baik.

Dengan perincian ketukangan tradisional, Le Creuset mencerminkan keperluan sebenar ketika berada di dapur. Bagi kesemua barisan produk Le Creuset juga, ia direka untuk mencapai berat optimum dan sifat pengekalan haba.


Untuk pengetahuan anda, Le Creuset telah mula bertapak di dalam pasaran sejak 1925 dan diasaskan oleh dua beradik bernama André dan Armand Desaegher di sebuah kampung kecil bernama Fresnoy-le-Grand berhampiran Paris Perancis.

Salah seorang pengasasnya iaitu André Desaegher telah bekerja sebagai ahli metalurgi semasa Perang Dunia pertama yang mana beliau meneliti cara untuk menambah baik laras senjata api dengan membangunkan aloi baru yang tahan di bawah suhu tinggi lebih baik daripada besi atau keluli tradisional.

Daripada pengalaman itu, beliau mengadaptasi penggunaannya dalam bidang alatan memasak.

Mengapa Periuk Le Creuset Mahal?

Apakah yang menjadikan periuk, kuali, dan perkakas rumah Le Creuset mahal adalah disebabkan binaannya yang berkualiti tinggi serta setiap bahagian periuk yang dicipta di kilang mereka di Fresnoy-le-Grand akan diperiksa oleh sekurang-kurangnya 15 individu sebelum boleh dijual.

Bukan itu sahaja, mana-mana produk yang dibeli daripada Le Creuset disertakan dengan jaminan seumur hidup. Oleh itu, jika anda mendapati terdapat sebarang isu atau masalah dengan periuk yang anda beli, Le Creuset akan menukarkannya kepada barangan baharu bagi menggantikan yang rosak.


Selain itu, logam atau bahan yang digunakan untuk menghasilkan satu periuk Le Creuset tidak pernah dikitar semula daripada bahan lain dan merupakan gred tertinggi dalam pasaran. Oleh sebab itu, anda tidak akan menjumpai periuk Le Creuset yang berkarat, calar ataupun mempunyai kotoran degil sepanjang penggunaannya.

Jadinya, disebabkan kosnya sangat tinggi dan juga proses membuat setiap item yang sangat rumit, maka tidak hairanlah ia ditawarkan pada harga mencecah sehingga ribuan ringgit. 

Sekiranya anda ingin mendapatkan produk pertama Le Creuset anda, Tajria mencadangkan untuk anda membeli cast iron French Oven uang mana ia sesuai digunakan untuk penyediaan sup dan daging rebus.

Untuk aktiviti memanggang pula, anda boleh mendapatkan kuali gril besi kerana ia lebih versatil dan mudah untuk dikendalikan.

Sumber: FAQ Le Creuset Homecook World