Carian
Ketahui Kelebihan Gula Perang – Jom Sediakan Gula Buatan Sendiri Di Rumah
January 17, 2022 Lina Rosli

Untuk pengetahuan anda, gula perang ialah versi gula pasir biasa yang kurang halus yang mana ia dilengkapi dengan molase untuk warna dan rasa.

Secara umum, gula perang akan memberikan lebih banyak kelembapan kepada barangan yang dibakar namun, ia cenderung dalam mengubah warna atau tekstur produk akhir.


Ketahui Kelebihan Gula Perang Dari Sudut Kesihatan

Seperti semua gula, ia juga merupakan karbohidrat ringkas yang membekalkan tenaga cepat (glukosa) kepada badan dan otak. Dengan kehadiran glukosa juga, ia menjadi sumber bahan api utama untuk otak anda di samping membantu saraf memproses maklumat. Tanpanya, otak anda tidak akan dapat berfungsi dengan baik.

Walau bagaimanapun, terdapat lebih banyak kalori berbanding karbohidrat yang disimpan sebagai lemak. Oleh itu, adalah penting untuk mengambil gula secara sederhana.


Penggunaan gula yang berlebihan sering dikaitkan untuk peningkatan kadar penyakit termasuk penyakit jantung, diabetes jenis 2, sindrom metabolik dan kolestrol. Namun, sesetengah pakar menegaskan bahawa apabila gula diambil pada tahap yang disyorkan, ia tidak menyumbang kepada peningkatan risiko penyakit.

Selain itu, amalan menggunakan gula perang dalam masakan juga boleh membantu meningkatkan metabolisma dan menjadikan badan juga terasa kurang lapar sekaligus menyumbang kepada penurunan berat badan.

Tetapi, jika dibandingkan dengan gula putih, gula perang bukan alternatif lebih sihat daripada gula putih. Cuma, sekiranya anda mengamalkan gula yang kurang diproses, maka ia adalah lebih baik.

Ingin Cuba Menyediakan Gula Perang Buatan Sendiri?

Jika anda tidak pernah menggunakan gula perang sebelum ini, harus diingatkan bahawa  gula perang boleh menukar warna dan menambah rasa yang lebih kuat.

Resipi gula perang buatan sendiri biasanya memerlukan anda untuk meyediakan gula putih dan molase.


Kemudian, gunakan 1 sudu besar molase untuk setiap cawan gula putih. Anda boleh melaraskan jumlah molase bergantung pada sama ada anda mahu gula perang anda lebih cerah atau lebih gelap.

  • Untuk membuat gula perang gelap daripada gula putih, tambahkan molase kepada 2 sudu besar setiap 1 cawan gula pasir. Kacau dengan garfu dan simpan dalam bekas kedap udara.
  • Untuk membuat gula perang gelap daripada gula perang muda, tambahkan 1 sudu besar molase kepada 1 cawan gula perang muda. Kacau dengan garfu dan simpan dalam bekas kedap udara.
Komen