Rangkaian farmasi preskripsi terbesar di Malaysia, Alpro Pharmacy, mengumumkan pembukaan lima farmasi baharu di Bintulu, Sarawak.
Pembukaan cawangan-cawangan baharu ini telah menjadi tambahan kepada sepuluh cawangan sedia ada di Sarawak iaitu di Kuching. Melaluinya, ia menjadikan orang ramai lebih mudah untuk mendapatkan bantuan penjagaan farmasi profesional dan peribadi. Bukan itu sahaja, individu juga boleh mengakses efarmasi untuk menyediakan khidmat penghantaran ubat dari pintu ke pintu dengan lebih cepat.
Selain menyediakan perkhidmatan ahli farmasi di semua cawangan Alpro Pharmacy, mereka kini turut hadir menawarkan bimbingan daripada pakar pemakanan dan pakar diet serta ahli fisioterapi.

Bukan itu sahaja, Alpro Pharmacy juga komited dalam menyokong dan menjaga komuniti. Di seluruh negara, mereka telah menawarkan bantuan kepada 150 murid dengan RM100 sebulan di bawah Projek Bintang Tumbuh Yayasan Alpro dan menyediakan khidmat kepada lebih daripada 150 keluarga dengan pesakit yang memerlukan sokongan pemakanan oral.
Sekiranya ingin mengunjungi cawangan baharu Alpro Pharmacy di Bintulu, lokasi farmasi tersebut terletak di Sibiyu, Medan Jaya, Park City, Jalan Keppel dan Junction 5. Sempena pembukaan, promosi istimewa tersedia di kedai dan pelanggan berpeluang memenangi hadiah dan hadiah eksklusif.
Untuk mengetahui lebih lanjut, hubungi Sokongan Penjagaan Pelanggan Alpro di 019-612 9006. Sebagai alternatif, orang ramai juga boleh berbual dengan ahli farmasi profesional melalui talian hotline WhatsApp efarmasi di 019-702 1923.