Usah risau sekiranya anda mendapati skru untuk perabot IKEA anda tidak mencukupi atau berada di dalam keadaan yang tidak sempurna. Hal ini kerana, anda boleh mendapatkan dan membeli skru tambahan untuk produk IKEA anda.

Apa yang perlu anda lakukan adalah menyemak semula nama perabot atau produk yang anda beli. Kemudian, lihat senarai barangan atau bahan yang disertakan bersama produk di dalam kotak, dan kenalpasti skru yang ingin dibeli.

Bagaimana Untuk Mengetahui Kod Skru, Tambatan Untuk Setiap Produk?

Kebiasaannya, pada kertas panduan pemasangan telah disertakan bersama kod nombor untuk skru, engsel, paku atau tambatan lain.

Tetapi, jika produk tersebut telah lama dibeli dan anda tidak menyimpan kertas tersebut, kod nombor untuk barang tersebut boleh diakses menerusi panduan pemasangan digital untuks setiap produk.

Cara-cara untuk mengenalpasti kod nombor produk:

  1. Pilih atau cari perabot yang anda miliki.
  2. Tatal halaman ke bawah, dan klik tab ‘Product Details’.
  3. Seterusnya, pilih ‘Assembly & Documents’ dan klik pautan ‘TROFAST Frame’.

Kemudian, anda boleh menyemaknya terus pada tab Spare Parts di laman web IKEA. Anda boleh menambah kuantiti yang ingin dibeli dan seterusnya melakukan pembayaran untuk produk tersebut.



Khusus untuk penggemar barangan dan produk keluaran IKEA, tahukah bahawa sekiranya anda mendapati laci perabot yang anda beli sudah tidak dipasang dengan baik atau tidak kukuh, IKEA akan menawarkan kepada anda kit tambatan secara percuma?


Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu menghubungi atau menghantar emel ke Pusat Khidmat Pelanggan IKEA. Malah, sekiranya anda tidak mengetahui teknik atau cara pemasangan kit yang betul, IKEA turut akan mengaturkan seorang tukang untuk membantu anda menyelesaikan kerja penting ini.